top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Training Tukang

Updated: Jan 6, 2021

Tukang pun kena train jugak walau depa pengalaman tapi sebagai kontraktor kena pastikan tukang buat kerja ikut SOP Syarikat.


Hala, setiap syarikat lain cara lain corak seni binaannya, biasanya yang berdaftar ni pergi kelas untuk spesifik latihan Di tapak, semua ni CIDB yang susunkan.....



Minah kontraktor adalah salah sebuah syarikat terlatih yang melatih pekerja Di tapak untuk lebih mahir dan lebih faham buat kerja, susunan SOP yang Di tetapkan oleh syarikat adalah untuk memudahkan kerja Tukang Di tapak.



Tukang kami berpengalaman dari 3 tahun hingga 15 tahun , dari memandu jentera berat sampailah orang wiring, mereka terlatih dengan pelbagai bentuk projek rumah yang kami arahkan untuk mereka.


Kalau dulu, kami sub kepada Tukang luar, tetapi sejak 2018, kami mempunyai tukang sendiri dan deal dengan pembekal sendiri, dimana pembekal kami termasuklah kilang-kilang terpilih, hardware-hardware terpilih serta mempunyai stor sendiri untuk persediaan barang Di tapak sekiranya barang tidak mencukupi. Latihan yang diberikan oleh pengurus tapak kami dari beam bawah hingga siap rumah dan setiap orang diberikan kepakaran berbeza-berbeza. Cik Lina adalah pengurus tapak yang diberi kuasa untuk menjaga, mengurus dan mentadbir bahagian tapak dan seluruhnya. Cik Zati adalah bahagian pentadbiran diantara pengilang dan pembekal yang lain. Mereka berdua Sangat memberi peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.


Setiap 15 hari bulan, akan ada sesi ‘soalan maut’ antara pihak pengurusan dengan tukang- Tukang mahir dan separa mahir ni, mereka akan ditanya soalan seperti ‘peperiksaan’ sebelum menerima ‘gaji’. Pastinya kami menjaga kualiti binaan dari semasa ke semasa kerana setiap Tukang mempunyai kemahiran yang berbeza-berbeza. Ada diantara mereka yang selingkuh akan ditendang keluar dan tidak akan diberi peluang lagi.


Jaminan kepada pelanggan adalah lebih lama kerana kami menjaga pekerja , membekalkan latihan yang secukupnya serta membuat aggrement selengkapnya untuk pelanggan. Itu lah #minahkontraktor .... ingat RENOvasi, ingat minah kontraktor.


11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page