top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

TILES TANDAS PUN MAIN PERANAN KE?

Updated: Jan 6, 2021

YELA!!!!! Tiles tandas sangat memainkan peranan yang UTAMA! Selain dari saluran air keluar masuk, sistem flushing! Dan sistem tadahan air, Tiles juga memainkan peranan penting!


bukan sahaja “ fizikal “ tiles tu yang munkin mencantikkan bilik air, tetapi ‘ cara susun ‘ tiles yang palingggggggg penting.....


kebanyakkan ‘ tukang ‘ , mereka ’ memasang tiles ‘ sekata/sedatar/sama/ dan lurus!

erm, bukan tak ok, tapi kan lama-lama #isu air bertakung dan ‘ air buang ’ tak ke lubang yang sepatutnya akan menyebabkan lama kelamaan tiles bilik air tadi, menjadi reput/rosak/terbelah/ kerana air tak keluar ke lubang yang sepatutnya, air tu “ stick “ aje kat situ.....


tumbuh lumut 1 hal, kotor 1 hal, faktor kelembapan bawah simen pun terjadi, dan lama kelamaan ‘ tiles ‘ pun mula lah tercabut, mula lah rosak , pecah la....... terpijak pulak! nahhhh kaki berdarah!


sapa nak salah? salah tiles? salah air tu?

yela manusia kan suka salahkan benda lain selain manusia tu sendiri!...


ok lah, minah kontraktor share 3 tips untuk pelanggan FAHAM , rupanya kalau nak bina bilik air apa first step, second step dan third step?


  1. PILIH KONTRAKTOR BERPENGALAMAN DAN BUKAN SEMATA TUKANG NAK MORAH ( MURAH ).....


yang ni kena pandai lah, nak bayar mula-mula murah lepas tu tukang mai lagi nak repair duit keluar lagi ATAU nak sekali kerja sahaja dan sekali bayar sahaja? mana nak?

ramai pelanggan fikir, “ AKU UPAH JELA “, BARANG AKU BELI, jimat!!!!!!!


sebenarnya, hardware atau kilang dah beri harga paling murah pada kontraktor, dan kontraktor KENA caj pelanggan mengikut harga pasaran, tak boleh kaUT terlebih untung dan berkaitan upah pekerja juga kena ikut harga semasa, jadi jika difikirkan balik, kontraktor untung biasa-biasa sahaja berbanding tukang yang buat lebih dari 2 bilik air, harga dengan hardware yang begitu tinggi kerana tiada jaminan pembelian berterusan, maka pelanggan terpaksa bayar 2x Ganda iaitu kos barang mentah, bahan dan upah tukang. INI PELANGGAN kena fikir betul2x....


2. PEMASANGAN TILES CONDONG SIKIT, SUPAYA AIR LARI KE LOBANG YANG SEPATUTNYA.



pasang tiles, tak boleh selari! tak boleh lurus! mesti condong ke arah lubang air, cara bancuh simen dan melepa simen juga tidak mudah, kena pastikan dari arah pintu tinggi hingga ke lubang air ( penamat ) semakin rendah.......... supaya jika air mengalir, terus masuk kelubang air yang sepatutnya.....


jangan jadi macam setengah tukang, yang pasang tiles mendatar , tengah-tengah bertangkung, ada lubang “ Baru “ ditengah-tengah binaan tiles tu, lama-lama akan menyebabkan tiles rosak! permukaan dalaman simen juga basah lembab!... lama-lama merekah la!



3. PENTINGKAN YANG ASAS TERLEBIH DAHULU....


yela, pentingkan jamban dahulu, shower, heater air, sistem air luar dalam, dan sistem perpaipan terlebih dahulu....... jangan fikir warna cat lagi, utamakan yang asas dahulu...


biasanya pelanggan akan ‘ excited ‘ dengan warna cat dan tema bilik air, dan biasanya minah kontraktor biarkan pelanggan excited, sebab tak selalu kan nak bina rumah / renovasi bilik air, jadi tugas utama minah kontraktor ialah memastikan bilik air lengkap, sistematik, dan boleh guna untuk jangkamasa panjang. Of couse kami sayang pelanggan kami!




kesimpulannya, pelanggan kena #berhatihati pilih kontraktor, jangan pelanggan pula pening kepala, sepatutnya kontraktor kena fikirkan all out kepada pelanggan! dan pelanggan kena happy dan jangan terlalu stress! ini semua kerja minah kontraktor......


#binarumahmurah #binarumah #renovasi #renovasirumah #renovasibilikair #bilikair #tandas #binatandasmurah #malaysia


309 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page