Minah Kontraktor
site visit ! penting ke?
LAWATAN TAPAK SEBELUM PROSES PEMBINAAN PENTING KA ?
MUDAH JAWAPAN DIA : PENTING !
PERLU LAWATAN TAPAK.
KALAU ADA KONTRAKTOR YANG TAK P LAWATAN TAPAK, HANYA RUJUK PADA PELAN DAN PETA, SURUH DIA TURUN TAPAK JUGAK-JUGAK !
Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, kedudukan sempadan tapak bina hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti (penentuan sempadan ). Ini adalah penting supaya kerja-kerja pembinaan sesebuah rumah betul-betul dilakukan di dalam tapak yang dicadangkan dan tidak memasuki ke dalam lot tanah milik orang lain. Untuk tujuan ini, kerja-kerja mencari dan menentukan kedudukan sempadan perlulah dilakukan dengan teliti oleh pekerja yang mahir dan berpengalaman dengan mengukur dan menanda menggunakan peralatan-peralatan yang berkaitan seperti pelan, alat ukur, peg penanda, pita pengukur, hammer dan lain-lain.
Kerja-kerja menentukan sempadan ini dimulakan dengan mencari batu-batu sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah / tapak yang telah disahkan.
Antara masalah yang mungkin timbul semasa mencari batu sempadan ialah batu sempadan hilang. Kehilangan ini mungkin disebabkan oleh batu-batu sempadan yang ditanam dahulu tenggelam akibat pergerakan tanah atau ditutupi oleh akar atau pokok-pokok yang besar dan juga kemungkinan dialih atau dibuang oleh manusia.
Kerja mengukur tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di dalam pelan. Pernah terjadi di mana, batu-batu sempadan dialih oleh manusia bagi tujuan tertentu sehingga keluasan tanah mungkin berkurangan atau bertambah daripada keluasan sebenar yang terdapat di dalam pelan atau geran tanah.
PENANDAAN PEG !
Penandaan Peg hendaklah dilakukan pada batu-batu sempadan yang telah dikenalpasti. Tujuannya ialah untuk memberi penglihatan yang lebih jelas supaya dapat memudahkan melakukan kerja-kerja seterusnya. Kayu Peg dibuat daripada kayu bersaiz 25mm x 50mm yang ditajamkan hujungnya bagi memudahkan ianya ditanam di dalam tanam bersebelahan dengan batu sempadan. Pada hujung satu lagi pula hendaklah dicatkan dengan warna merah. Kayu Peg hendaklah ditanam lebih dalam supaya ianya tidak mudah tercabut dan tidak mengganggu kerja-kerja yang akan dilakukan.
LAWATAN TAPAK ! ( SITE VISIT ) !
Dalam melaksanakan sesebuah Projek binaan, Designer merupakan orang yang bertanggungjawab untuk merekabentuk dan Project Manager merancang asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Project Manager tidak boleh menukar atau merubah keadaan tanah yang sebenar tetapi sebaliknya mereka harus mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum merekabentuk asas bangunan. Segala arahan dari Project Manager ke Site Supervisor.
TINJAUAN TAPAK !
Tinjauan tapak adalah satu perkara yang penting sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Oleh itu, sebelum membuat sebarang pemilihan, maklumat-maklumat mengenai kawasan cadangan perlu diketahui seperti dibawah.
1. Kedudukan tapak bina itu amat penting. Dari faktor ini, kita dapat mengetahui dari arah manakah matahari naik. Adalah mustahak jika ruang-ruang dalam bangunan mendapat cahaya matahari.
2. Pandangan perlu diambil kira. Pandangan yang cantik mendapat harga pasaran yang baik dan disukai ramai.
3. Tapak bina itu tidak akan mengalami banjir dalam musim hujan. Elakkan dari tempat yang rendah yang berhampiran dengan sungai.
4. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan juga perhubungan melalui telefon. Di samping itu, adalah penting kemudahan pengangkutan, pelajaran, membeli-belah, perubatan dan pusat rekreasi perlu juga disediakan.
5. Pastikan tapak bina itu adalah daripada tanah asal dan bukan bekas tanah sawah atau tanah timbun, di mana sampah sarap dibuangkan.
6. Elakkan dari tempat-tempat kendalian lombong dan lapangan terbang kerana gegaran mungkin berlaku dan bunyinya yang bising mungkin mengganggu ketenteraman.
KEPENTINGAN LAWAT TAPAK !
Lawatan Tapak hendaklah dilakukan ke tempat dimana sesuatu Projek itu akan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap keadaan sekeliling yang mungkin boleh mempengaruhi Kerja Pembinaan.
Lawatan tapak ini boleh dilakukan oleh Site Supervisor atau wakil pihak pengurusan atau kedua-duanya. Biasanya Minah Kontraktor, lawatan tapak Pengurusan atasan yang turun. Satu laporan tapak perlu dibuat untuk mengkaji keadaan muka bumi dan keadaan sekeliling di kawasan tapak projek serta dijadikan sebagai sumber maklumat untuk melakukan anggaran kos pembinaan.
Laporan yang lengkap perlulah disediakan berhubung dengan semua perkara yang melibatkan Kos, cara pembinaan dan kedudukan tapak serta keadaan sekeliling.
Boleh berhubung dengan pihak minah kontraktor untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan lawatan tapak dan quotation selepas lawatan tapak.