top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Saya budak akademi binaan malaysia

kalau kamu ada anak-anak yang tidak berapa minat dengan pelajaran teori, jangan bimbang! Kerana anak kamu akan berjaya dan lebih BERJAYA!!!!!!


saya buktikan....


saya dikatakan lemah dari sudut teori, kelas saya mesti NO.1 TAPI DARI BELAKANG lah... hahahahha..... tapi saya ada 1 cita-cita untuk pakai kereta berjenama suatu hari nanti....


kebetulan kelas saya tepi padang sukan, jadi saya selalu berangan-angan sambil merenung tepi tingkap tu, kalaulah kereta idaman saya tu parking disitu.....maklumlah tak fokus dengan apa yang Cikgu ajarkan dihadapan...... kuat berangan!


saya faham Cikgu selalu ingatkan kami semua dalam kelas untuk berjaya dalam pelajaran, supaya masa depan cerah dan mendapat peluang kerja yang lebih terjamin dimasa akan datang....


saya tak boleh faham apa yang dimaksudkan dengan ‘ peluang kerja lebih terjamin’ maksudnya berniaga la kan? Contoh kita berniaga kedai runcit, kalau barangan Runcit kita tak laku sangat, kita boleh makan lagi barang-barang runcit tu kan? Macam tu kan maksud Cikgu? Sebab terjamin saya masih hidup , kalau ada yang nak membeli barangan runcit saya tu, boleh jual atau kalau tak terjual saya boleh makan, contoh macam mee segera la kan...


masa tu saya tak faham, kerja lebih terjamin tu maksudnya apa, saya memang tak berminat langsung nak kerja dengan kerajaan, tapi kalau itu yang dimaksudkan memang tak lah ! Saya perlu buat keputusan sendiri untuk belajar berniaga.......sejak sekolah..... saya belajar teori ‘asal lepas spm’ pun dah ok.... terkejut dengan keputusan spm, ada sesat A dalam subjek sains... mana mai A pun tak tau, depa salah Kira Mariah ni... hahahahahahahah.....


Lepas spm, saya bermula niaga jual air jambu tepi jalan, lepas tu jual online protein bina badan.... dulu suplement ni banyak dimonopoli oleh kaum bukan melayu, jadi saya bermula dengan ‘ try ‘ ....


sebenarnya kalau kita berniaga sorang ni letih! Jadi kena UPGRADE!


sampailah saya terjumpa 1 banner dari AKADEMI BINAAN MALAYSIA, WILAYAH UTARA, SINTOK KEDAH.

yang mencari pelatih untuk belajar kemahiran dan menjadi lebih praktikal dalam dunia pembinaan.... perghhhh ayat depa! Buat stimmm betulll....


3 bulan jugak kat sana, belajar elektrik BW1...

best, Cikgu seorang wanita......


terbaik!


arwah abah pun menyokong, sebab boleh ganti sambung lesen kontraktor ni nanti, dari jual lesen? Atau bagi orang bawa? Lebih baik belajar dan buat sendiri ... kannn....


kini, segalanya diurus oleh team, boleh terbang ke negeri sebelah utara, tengah, dan selatan.

Alhamdulilah......


1 HQ, 3 stor, 5 pekerja, 16 tenaga mahir ditapak dan 2 kereta syarikat.....


Alhamdulilah juga kerana menjadi pemenang untuk Anugerah berprestij MCIEA TAHUN 2019.


ALHAMDULILAH juga kerana ada minah kontraktor untuk bantu pelanggan yang mempunyai masalah untuk bina rumah @ renovasi... minah kontraktor memang diperlukan Di Malaysia... cara pengurusan yang betul adalah kunci kepada kejayaan harini.....


kesimpulanya, kena berani buat keputusan sendiri, jangan tunggu peluang dan lebih penting fokus! Jangan Buang masa fikir benda yang tak jadi lagi.....


Farah Rosden,



24 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page