top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Loan Bank untuk bina rumah? Boleh ke?? Jawapnnya kena baca. . By minah kontraktor

Assalammualaikum dan selamat petang kepada anda semua. . .Ape khabar? Semoga anda dimurahkan rezeki,dimudahkan urusan dan puasa penuh yer . . . Dah nak raya kan kita,lagi berapa hari lagi nak raya. . . Sebelum cuti raya, min nak kongsikan 12 langkah-langkah untuk bina rumah guna loan bank. . .


Harini min nak kongsikan 12 langkah-langkah untuk membina rumah atas tanah dengan menggunakan Pembiayaan dari Bank. . .Baca sampai habis k,Tips no 7 tu sangat penting untuk anda tahu. . .


Tahukah anda yang bank-bank di Malaysia ada menawarkan Loan untuk membina rumah atas tanah? Tahu tak? ke tak tahu?

Haa ni minah nak bagitahu. . .ADA!


Tapi sebelum nak Apply loan,kenalah follow 12 step ni dahulu. . .

Semoga dengan perkongsian pengalaman minah kontraktor ni dapat memudahkan urusan anda untuk mendapat rumah impian anda bersama keluarga tercinta. . .

Yang pertama, Anda perlu lantik Arkitek Lantik Jurutera Perunding terlebih dahulu,nasihat min lah,jangan lah lantik jauh-jauh,lantik dekat-dekat jer yer. . .Supaya senang nak berurusan.

Yang kedua, Cari Quantity Surveyor ( QS ) dan minah kontraktor. Sebab step kedua ni penting.Anda perlu mencari Designer dań Kontraktor berdaftar serta berpengalaman. Sebabnya minah kontraktor boleh design sambil kira kos untuk anda. . .Selalunya kami tolong kirakan sekali dengan Kos anda kena bayar dengan TNB,LAP dan lain-lain,semuanya untuk memudahkan urusan anda. . .

Ingat,step yang kedua ni kalau quotation yang dikeluarkan melebihi bajet anda,anda boleh runding lagi dengan Arkitek,Jurutera Perunding. Mereka boleh bagi pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman lalu. . .

Yang ketiga, Arkitek dan Jurutera Perunding akan dapatkan kelulusan dari pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) @ Majlis. . .Jadi,Kontraktor,Arkitek dan Jurutera akan bergabung,berbincang serta sependapat agar rumah ni boleh didirikan dengan jayanya. . .Pihak PBT akan masuk Mesyuarat dan sekiranya tiada masalah apa-apa,maka LULUS!

Yang keempat,

Setelah lukisan anda dah LULUS! Sertakan Dokumen-dokumen ni. . .

-Cukai tanah/Taksiran berbayar -Surat hakmilik -Pelan peta lokasi -Salinan CCRIS/CTOS Clearance -Pelan dan surat LULUS -Bank Statement ( Baki wang mestilah bagus! ) -Salinan kad pengenalan -BORANG BE ( LHDN ) -Gambar tapak,jalan nak masuk ke tapak -GPS LOCATION ( Tunjuk keupayaan nilai tapak kepada bank )

Yang kelima, Letak sekali dokumen-dokumen tadi dalam 1 file, buat 5 @ 6 copy of documents. . .The reasons is,

-Memanglah nampak susah sikit,tapi kita kena memudahkan Pegawai Bank,kita kena ( Tackle ) hati Pegawai bank tu sikit untuk kesenangan selamanya. . .Cehh. . . . -Jangan p 1 bank jer,pergi banyak-banyak bank, 5 @ 6 bank,tinggalkan laporan tersebut kepada 5-6 bank yang berkenaan. . . -Apabila dapat feedback daripada bank,tengok mana 1 yang sesuai dengan anda.Selalunya client kami pilih yang interestnya rendah. . .

Tambahan nota, Sekiranya nasib anda baik,anda akan mendapat kelulusan 'On The Spot' @ dengan kadar segera,macam sorang client kami ni. . .Alhamdulilah. . . Semuanya bergantung kepada effort dan keupayaan penilaian kredit kewangan anda.

Hutang Rendah. . .

Yang Keenam, Biasanya Bank akan cover certain percentage. . .Biasanya 70%-90% dari nilai rumah. (Quantity surveyor yang akan nyatakan maklumat) Baki yang bank tak cover tu anda kena bayar dahulu semasa atau sebelum pembinaan ( Bank nak resit ni ). . .

Yang ketujuh, TIPS KALAU NAK BUAT 100% LOAN.

Naikkan nilai kontrak Mesti ada 'SEPAKAT' dengan Minah Kontraktor.Buat surat 'Undertaking' dengan minah kontraktor untuk nilai perbezaan dengan bank. Contohnya,nilai kontraktor RM 100K,pinjaman RM 110K.Nilai 10K tu Kontraktor kena pulang kepada anda.

Yang kelapan, Pecahan bayaran @ Fees Arkitek 10% ke 12.5% dari ninai kontraktor dibayar 50% sebelum permohonan kelulusan PBT.

-Bayaran pertama kepada Minah Kontraktor -Perbezaan antara nilai pinjaman dengan nilai kontrak perlu dibayar dahulu sebelum Bank Release Next Payment. . . -Untuk keluarkan duit bank,wajib ada Architect Certificate dan surat setuju pemilik. -Bank akan bayar terus kepada minah kontraktor

Yang kesembilan, Pecahan bayaran progress payment Arkitek dan Kontraktor akan mengikut Architect Certificate. Baki bayaran 'TAHANAN' akan dibayar selepas pengeluaran CCC oleh Arkitek.

Yang kesepuluh, Perkara yang wajib diingat! Tugas Arkitek menjamin pembinaan anda.Minah Kontraktor adalah penasihat serta kontraktor yang akan membina rumah anda.

Jangan ambil ringan bab pemilihan Kontraktor dań Arkitek yer. . .Silap pilih boleh menyebabkan anda kerugian puluhan Ribu. . .

Yang kesebelas, Apa kesannya lika tiada CCC? Pembayaran semula kepada bank akan menjadi lambat habis kerana urusan duit tidak selesai. Nilai hartanah menjadi lebih rendah daripada wang pelaburan anda. . .Rugi masa dan wang ringgit.

Yang keduabelas, Yang ni min taknak share,sebab ada Kontraktor lain yang dok copy ayat min, So kepada yang berminat nak buat loan untuk pembinaan rumah,boleh hubungi minah kontraktor terus. . . Buat appoitment dan terus berbincang dengan kami untuk urusan pembinaan-pembinaan. Kami akan 'Short cut' urusan anda agar anda memiliki rumah impian dalam masa terdekat. . .

Detail boleh buat appoitment dan berjumpa dengan kami yer . . .

Hubungi 019 291 0298 ( minah kontraktor )

Ok lah,min nak sambung kerja lain ni,nanti call terus ok!

#minahkontraktor #loanbank #binarumah





7,962 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page