Minah Kontraktor
KWSP AKAUN 2 UNTUK BINA RUMAH by Minah Kontraktor

Assalammualaikum dan selamat petang kepada anda semua. . .Selamat berpuasa dan semoga anda semua dirahmati di bulan yang baik ni. . .
Banyak soalan berkenaan KWSP yang min dok terima 2, 3 minggu ni, nak keluarkan kwsp akaun 2 nak bina rumah. . .
Ni Min copy dari laman web kwsp sendiri, disebabkan ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan oleh client sebelum rumah dibina. . .
Selamat membaca. . .
*** Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu, atau Pembinaan secara bersama dengan suami/isteri.
Pengeluaran untuk membina rumah kedua DIBENARKAN setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.Pelupusan pemilikan bermaksud “hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini” atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik dasar kasih sayang,rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran,projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
Kelayakan memohon
Warganegara Malaysia, ATAU Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 atau kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP, ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang: menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.
Syarat Pengeluaran
1.Ahli membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri, ATAU
2.Suami/isteri ahli membina sebuah rumah/rumah kampung di atas tanah milik ahli, ATAU
3.Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah dan Sarawak), ATAU
4.Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.
Pembiayaan pembinaan rumah melalui : a)Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
1.Kerajaan Pusat/Negeri atau agensiagensi kewangan kerajaan yang lain.
2.Majikan ahli Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
3.Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP, ATAU
4.Secara tunai
*** Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima.
Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan, ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua.
Bukti penjualan/pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah.Kos membeli tanah juga boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah.
Ahli tidak layak memohon sekiranya:
Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
Mengubah suai,membaiki/membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. Membina rumah ketiga.
Membina rumah di luar negara.
Membina rumah bersama-sama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri.
Amaun Yang Layak Dikeluarkan
Ahli boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut :
PEMBINAAN RUMAH MILIK INDIVIDU
Amaun perbezaan di antara kos membina rumah dengan jumlah pinjaman dan kos tambahan 10% daripada kos bina rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2. (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
PEMBINAAN BERSAMA SUAMI/ISTERI
Amaun perbezaan di antara kos membina rumah dengan jumlah pinjaman tambahan 10% daripada kos bina rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan. (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
PINJAMAN PERUMAHAN 100%
10% daripada kos bina rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
PEMBINAAN RUMAH SECARA TUNAI
Kos bina rumah dengan tambahan 10% daripada kos bina rumah.
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi amaun yang dipohon dalam borang pengeluaran perumahan KWSP 9C (AHL)(D5).
Ahli pernah membuat pengeluaran perumahan tetapi telah membatalkan pembelian/pembinaan rumah tersebut.
Dalam keadaan ini, wang pengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun kelayakan semasa akan ditolak daripada amaun pengeluaran terdahulu tertakluk kepada baki kelayakan (sekiranya ada).
Makluman Kepada Pemohon
Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran.Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat,pemohon dianggap telah melakukan kesalahan,dan jika disabitkan,boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau keduaduanya.
(Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007). Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu. Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan, dan sekiranya disabitkan, pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau keduaduanya. (Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007).
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Membina Rumah,sila hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau layari laman sesawang MyEPF di www.kwsp.gov.my.
*** Sumber dari www.kwsp.gov.my
Tambahan nota, Sekiranya anda masih keliru,masih tak faham boleh hubungi kami ditalian 017 4272423.Hari bekerja ialah AHAD-KHAMIS - 10 pagi hingga 5.30 petang.
#kwsp #pengeluarankwspbinarumah #tipspengeluarankwsp #minahkontraktor