top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Kontraktor Binaan serta 3 tips untuk menjadi usahawan kontraktor muda

Saya bermula dengan apa yang ada ditangan, tak mudah nak jadi seorang yang berdiri dikelilingi oleh cabaran yang tak henti. Sebut sahaja kontraktor bukan hanya terpalit dengan isu rasuah tetapi isu ‘ bawah meja’ dan lain-lain ‘label’.....


memang betul ada yang bermain secara’ kasar’ dan ada juga yang menjadi pemain industri yang bermula dari bawah, tetapi bilangan yang ‘bermula’ dari bawah boleh dikira berbanding yang dapat projek dahulu kemudian daftar niaga.... pun ada....


saya bermula dari bawah! Dimana saya bermula dengan 0. Kosong bermakna 0 ilmu, modal dan 0 pengetahuan am berkaitan sektor pembinaan..


sakitlah kerana ditipu, pernah kena ‘game’ pernah dibuli dan pernah hampir-hampir nak tutup syarikat kerana ‘ tak mampu ‘ dah nak pergi lebih jauh..... sampai lah saya bangkit dan bermula dengan ilmu......


pengalaman 2 tahun pertama adalah ‘ngeri’.... Bahasa Kontraktor saya belum faham sefahamnya....... masuk 2 tahun kedua, saya faham Bahasa kontraktor beserta aktiviti ‘ nak peroleh projek ‘, disamping saya memberi nasihat serta berkongsi ilmu dengan sesiapa yang ingin menjadi kontraktor... tak Kira usia berapa, asalkan ada ‘ result ‘ pastinya mereka teruja nak belajar dan kenal ilmu dengan lebih mendalam dengan saya....



suka untuk saya berkongsi dengan semua Pembaca secara ‘ personal ‘ yang saya bermula dengan kemahiran apa yang saya belajar di Akademi Binaan Malaysia wilayah sintok, kedah.


elektrik, pasang , tukar dan upgrade Elektrik bersama kawan-kawan seperjuangan adalah moment indah yang tak mampu saya beli. Ini yang saya praktikalkan.....sampailah satu masa fasa syarikat ‘ bergoyang ‘ saya bermula balik dengan kemahiran yang saya faham. Tentu nya saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak AKADEMI BINAAN MALAYSIA, WILAYAH SINTOK, KEDAH kerana menjadikan saya pelatih yang Sangat berdedikasi serta berdisiplin dan yang lebih penting berdaya saing.



3 tips saya ingin kongsikan kepada anda yang ‘newbie’ atau minat nak ceburi bidang pembinaan gred G1,G2 dan G3.


  1. JANGAN BERHENTI BELAJAR . Upgrade ilmu yang kamu ada sekarang ini, sebagai contoh, kamu berkemahiran untuk memasang tiles, upgrade lagi dan lagi untuk pasang tiles lebih pantas tapi tetap berkualiti, upgrade lagi cara pasang tiles menggunakan Mesin, upgrade lagi lagi dan lagi...... belajar ni tak kenal usia, Siapa pun boleh belajar, jika kamu seorang yang muda, tetapi ada insan lain yang berusia ingin belajar dengan anda, ketahuilah ilmu tidak Kira sesiapa pun muda atau usia, yang penting adalah result , keberkesanan perlaksanaan sesuatu perniagaan @ projek.....



2. JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI . Jangan berjanji manis mampu untuk buat sesuatu diluar kemampuan syarikat kita, biarlah kita buat apa yang kita tahu dahulu, selepas tu baru boleh kita belajar lagi untuk lebih kehadapan..jujur dengan apa yang anda tahu dengan pelanggan, jangan tabur janji manis diluar kemampuan kamu serta syarikat kamu........ini penting, dari syarikat yang bermula dengan 1 laptop dan 1 printer boleh menjadi 7 laptop, 7 stor barang binaan serta 1 pejabat urusan yang serba lengkap seperti minah kontraktor lah..... saya sendiri bermula dengan 0.



3. JANGAN MARAH PELANGGAN. Pelanggan tak tahu apa, jangan marah pelanggan walau kesalahan tu bukan dari kita.... ini kenalah jaga, kalau tak jaga yang asas ni.... kena faham, doa seorang pelanggan Sangat penting berbanding harga dan nilai sebuah projek... ini perlu jaga!

saya faham kita ada masa bengang, marah dan betul-betul marah dengan pelanggan kan..... tapi kan jangan marah dulu, kenalpasti dahulu apakai kesilapan itu datang dari kita ataupun tidak....


perlu berani dengan kenyataan... walaupun sakit untuk ditelan kan....sabar! Sabau! Dan tenang! Hokey?


jangan terkejut kalau projek kamu disusun hingga 3 tahun akan datang, itu rezeki kamu, terimalah! Munkin berkat dari doa ibu kamu serta pelanggan-pelanggan kamu.....


kemahiran tu penting, kalau dulu-dulu TVET ni dianggap sebagai tempat untuk mereka yang tak boleh Sangat dengan teori tetapi lebih kepada kemahiran, tetapi tanggapan tersebut dianggap tidak begitu tepat kerana TVET adalah tempat untuk mereka yang berkemahiran tinggi seiring dengan teori yang mereka faham..... tak boleh terjadi sesuatu perniagaan @ kemahiran @ pembuatan kalau tanpa teori betul?


Walau dah berusia pun, pergi juga belajar untuk tingkatkan kemahiran teknologi kerana teknologi kini perlu seiring dengan kemahiran apa yang kita telah pelajari.


saya pilih untuk BEKERJASAMA dengan pihak KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL untuk sama-sama realisasikan impian bersama dimana ingin melihat lebih ramai anak muda ceburi bidang perniagaan dengan kemahiran serta menjadi usahawan yang berjaya di masa akan datang.....


saya yakin, dengan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu proses pencapaian sesuatu target berjalan dengan lancar dan bertepatan dengan visi,misi serta matlamat yang ingin diterajui bersama.


AYUH ..... TVET!













































457 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page