top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

KITCHEN CABINET DAN TABLE TOP MURAH PARIT BUNTAR


Kabinet dapur?

Huhuhu......

Assalammualaikum kepada anda semua,semoga anda dimurahkan rezeki,dipanjangkan usia serta dipermudahkan segala urusan. . .

Alhamdulilah,dekat-dekat nak puasa tahun ni tempahan untuk kabinet dapur semakin meningkat,bukan kabinet dapur sahaja,tapi table top dan juga tempahan island untuk dapur juga meningkat.

Yela,min faham,tahun ni semua excited nak balik beraya dikampung.Rumah dikampung menjadi tumpuan untuk raya tahun ni dan kerja-kerja renovasi pun bermula. . .

Tapi,minah kontraktor tak jalan projek semua serentak,ikut turn lah.Yang dulu,dia lah,yang kemudian,kemudian lah. . . .

Ni min nak bagitahu antara soalan-soalan yang min selalu dok terima. . .

'Jenis material apa selalu guna buat kabinet dapur?'

Pastu,min jawab laguni. . .

Ada banyak material yang digunakan untuk kabinet dapur.Misalnya Melamine,Laminate HPL, Glass (3G dan 4G) & Acrylic. . .

Tapi,material yang selalu jadi pilihan customer minah kontraktor adalah Melamine dan Glass.Pemilihan kedua-dua material ini selalu sekali untuk nampal lebih menarik dan cantik.

Soalan lagi,

'apa beza Melamine dan Glass plak?'

Melamine lebih kepada corak - corak 'woodgrain' atau corak kayu,dan mempunyai texture (untuk sesetengah corak). selain corak kayu,melamine juga mempunyai warna "PLAIN" dengan pelbagai pilihan warna yang sangat cantik.Terdapat lebih 50 design serta corak tau..Katalog kami sediakan sekali.. . . Anda cuma mai pilih ajer. . .

'Glass' pulak tak bercorak dan ianya berwarna 'plain' atau 'kosong'.Jenis material yang 'shiny' dan 'glossy' permukaannya.Ada lebih lebih dari 10 pilihan warna.

Min terima lagi soalan,

' Melamine dan Glass mana lagi mahai?'

Of course material glass lebih mahal berbanding material melamine.Pun juga bergantung pada bajet anda.Kalau anda mempunyai bajet lebih material Glass (4g atau 3G) lah kami suggest!

Tambahan nota:

Melamine tahan air, tapi tak kalis air. Jika terkena air sikit-sikit,boleh dilap seperti biasa,tapi jika terendam terlalu lama seperti (banjir) ia tidak tahan dan akan kembang.

Tambahan nota semalam berkenaan topik TABLE TOP.

Pemilihan Table Top pulak,

Terdapat pelabgai jenis Table Top yang ada di pasaran. Antaranya ialah 'High Pressure Laminate' (HPL),Solid Surface,Quartz Stone,Concerete Tile dan Granite.

Antara pilihan ramai customer kami ialah Concerete tile,dan Solid Surface.

Cadangan kami lah,untuk kelihatan lebih Elegen, padanan Table Top Quartz Stone dengan pintu Glass adalah yang tebaik. Cuma kos sedikit mahal berbanding yang lain.

Kesimpulan untuk keseluruhan topik semalam iaitu TABLE TOP dań hari ni kitchen cabinet,bagitahu jelas berapa bajet sebenar anda untuk table top dan kitchen cabinet, dan kami akan suggest jenis material serta ukuran yang sesuai.

EXTRA serta dengan pembahagi-pembahagi dalaman kabinet dapur tu. . . .

Hokey?

Min nak tengok order jap,fon dari tadi masuk order tak henti . . .

#kabinetdapur #tabletop #hargamurah #minahkontraktor

5 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page