Minah Kontraktor
Kerja la seperti tiada hari esok.. 3 tips agar anda kurang makan panadol.....
Kerja sebagai kontraktor ni memang la sakit pala hotak.... cer bayangkan dari tapak tu hutan belantara nak kena jadikan sebuah rumah yang cantik..... progress untuk nak siapkan satu- satu part ambil masa paling lama lah part pemasangan tiles dan pemasangan bumbung... pasang tingkap ka, pasang pintu ka boleh pm tepi lagi...
tapak projek kalau tinggal lama-lama pun barang dan bahan binaan akan rosak,
sebab tu kalau projek dalam tempoh yang panjang seperti makan tahun ke tahun, order barang kena TEPAT!
yang menyebabkan kontraktor sakit kepala selalu bukan apa sangat pun, hahahahaha.... order barang harini, kilang hantar minggu depan, dah order barang lepastu kuantiti kurang banyak pulak! Nak kena tunggu lagi, lepas tu, masa barang sampai pekerja pula cuti takda sapa tunggu di tapak.... lebih pening tahap makan panadol apabila pelanggan lambat cash in kepada kontraktor... last-last barang ke mana, bahan ke mana, pekerja pun dah kerja lain..... itu lah nasib.....
nak elak jadi lagu diatas, kerja la macam takdak hari esok.......
kami ni mai dari parit buntar, perak..... jadi sebut pun cara orang utara.... kalau hampa tak paham mai jela opis kami... nanti kita borak panjang-panjang sambil minum petang kat pejabat ni haaa....
TETAPKAN JADUAL PROJEK DENGAN TEPAT.
hubungi la dulu kilang , hardware dan pembekal @ pemborong u all untuk pastikan ‘alligment’ masa dan tarikh barang tiba tu lebih kurang betul, beza sikit macam hantar pagi tapi tunda ke petang.... lebih kurang macam tulah..... jadual ni penting sebenarnya, kalau kita boleh cincai dengan jadual memang anda mohon untuk sakit kepala dan minta maki dari boss la jawabnya ( kalau anda site supervisor ke, atau pengurus tapak ).
yang kontraktor urus sendiri ni tanpa orang tengah, buat lah jadual jugak! Jangan malas, cuma ambil pen dan kertas tulis nota sikit............
2. ALWAYS REMIND PELANGGAN, jangan tangguh bayaran... ikut dalam aggrement.....
yang ni u all kena pastikan pelanggan bayar, tapi selalunya pelanggan bayar, cuma lambat atau cepat sikit je..... Pastikan anda ada notis untuk diberi kepada pelanggan sebelum tarikh bayaran sebenar tiba..... senang.....kalau tak bayar juga, tangguh jela pembinaan tu... nanti dah bayar sambung balik.... jangan lupa habaq tarikh kena cepat sikit.... satgi barang di tapak basi dah lama Sangat tunggu.....
3. PASTIKAN ANDA FAHAM APA PERLU BUAT DAHULU, APA PERLU BUAT KEMUDIAN... jangan tangguh kerja Je! Itu cukup pantang........ apa nak buat dulu utamakan itu dahulu, seperti pembinaan asas pad, asas tiang dan asas beam, order dulu barang/bahan berkaitan, jangan pula terpengaruh dengan kedai cermin tingkap yang buat sales harini sahaja dan beli cermin tingkap itu pada awalan projek berlangsung....! Kos lari dah....... padaHal cermin tu boleh BOOKING dulu... nanti ambil bila projek dah sampai tahap sepatutnya......! Faham ke?
haaaaaaaaa......... kami kongsi pengalaman untuk u all faham sikit-sikit erti kerja serupa takda hari esok dah.....berkaitan dengan pengurusan / penyusunan kerja, kos, dan jangan tangguh-tangguh kerja...... pantang larang paling utama ialah jangan terburu-buru.....