top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Kerja atau berniaga?

tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar buat semua... tak kisah yang bekerja atau yang berniaga, kepada yang terkesan untuk tahun 2020 jom saya share sesuatu agar teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa ok!

Special thanks to #OldtownWhiteCoffee . sedap WC1.

1. INDEPENDENT-SELF

kita patut fikir 3 5 10 tahun akan datang dimana kita boleh terajui apa yang kita buat harini dimasa hadapan? ini yang ramai terre-as pandang, jangan fokus untuk hari ini, fokus untuk masa mendatang. Kita boleh BEBAS ke tak nanti? bebas MASA, bebas Kewangan, bebas NAK KEMANA-MANA ? fikirkan untuk diri sendiri....

2. SIHAT TAK?

dalam erti kata lain, masa hadapan bukan seperti harini yang kalau lapar pergi dapur masak nasi dan goreng telur. Beberapa kemunkinan yang akan berlaku dan antara salah 1 nya ialah " JARI lebih bekerja berbanding seluruh tubuh badan. " zaman akan datang, main game pun munkin dah boleh kaya, kaya raya! tapi dalam keadaan fizikal kita yang munkin sihat atau tak..fikirkan selepas apa yang kamu fikirkan yang pertama tadı.....

3. KERJA atau BERNIAGA?

kalau saya diberi pilihan sama ada nak KERJA atau nak BERNIAGA saya pilih BERNIAGA!. Bukan sebab nak KAYA, bukan sebab nak MELEBIH DARI YANG LAIN, tapi nak KAUT PENGALAMAN yang munkin orang lain takdak. Bagi saya, pengalaman adalah ibarat seperti Jongkong Emas yang tersangat berharga, disebabkan pengalaman lah ramai orang berjaya hari ini. Dari berniaga, kita boleh lalui pelbagai pengalaman! jadi Berniagalah!

4. BERNIAGA APA YANG UNTUNG?

berniaga apa-apa pun mesti untung. Bezanya cuma untung lebih atau sedikit.

saranan saya lah, Berniaga F&B membolehkan anda cepat memperoleh pulangan, beza dengan perkhidmatan seperti jadi seorang kontraktor, duit dibayar secara berperingkat dan belum tentu untung nanti..... fokus dengan apa yang patut nak dicapai dan jangan sesekali BERBELANJA LEBIH pada awalan 2 Tahun pertama berniaga...... jadi, berjimat cermatlah!



5. 3 TAHUN AKAN DATANG PERNIAGAAN KITA SAMA SEPERTI HARINI? TUKAR ? ATAU UPGRADE?

Berharap anda boleh sehingga legasi, generasi ke generasi akan datang, jangan mudah terpengaruh dengan business baru yang sahabat anda ‘ ceritakan ’ itu. Fokus dengan landasan fahaman perniagaan anda terlebih dahulu sebelum anda terpengaruh dengan ‘ perniagaan trend ‘ harini yang dianggap’ tidak releaven ’ untuk dicuba walau nak tahu pulangan berapa, jangan sesekali cuba perkara yang belum tentu boleh pulangan. Perniagaan yang ada UPGRADE dan jadikan 1 brand yang boleh membuatkan orang lain teruja nak ‘ join ‘ sekali. Boleh? Ya! Anda boleh!



6. JADI YANG PERTAMA.

Kalau nak jadi yang terbaik mesti nak cari kesempurnaan kan? Kan kesempurnaan tu mesti ambil masa yang panjanggggggg nak menjadi kan? Apa kata jadi yang pertama? Jadi yang pertama mengembirakan pelanggan anda, Jadi yang pertama buatkan anda happy dengan Bisnes anda, jadi yang pertama buat . Lepas dah jadi yang pertama, jadi yang terbaik pula, untuk pastikan yang kita sentiasa yang pertama dan yang terbaik... barulah boleh dikatakan ‘berniaga ini seronok’.

BERNIAGA ni jangan kejar kesempurnaan, nak langit bumi memang ambil masa yang begitu lama, apa kata bermula jadi yang pertama dan jadi yang terbaik. Boleh?



kesimpulannya, kita semua MAMPU untuk berjaya, mampu untuk kehadapan, sebenarnya nak berjaya takdak rahsia lagi, melainkan kita cuba dan buat sampai jadi!. Bila berjaya nanti jangan Lupa kongsikan pengalaman anda pula ya!...


#minahkontraktor #tipsberniagaminahkontraktor





























11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page