top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Kenapa kena pilih KONTRAKTOR yang tepat?

Updated: Jan 6, 2021

” hang p cari kontraktor yang dalam kampung, depa murah sikit dari kontraktor yang berdaftar ni, tak pun hang p keloi ( tegur ) tukang yang dok buat kerja rumah-rumah orang tu.... try la nego Harga dengan depa, boleh jimat lagi jimat! “ pak mat.


hmmm..... banyak orang berfikir macam ni kerana nak jimat kos, tapi lupakah anda KOS BARANG DENGAN KOS UPAH kadarnya berbeza? Kalau ada Tukang yang memberitahu harga kos ( barang) dan harga upah kami adalah sama harga kos barang tu... INI SALAH!


Sebenarnya jika diikutkan yang betul, kos barang adalah kos barang, kos Upah adalah kos Upah manakala kos kecemasan adalah kos kecemasan....cara pengiraan juga berbeza...


kos barang ( tak semua ) selalunya ada yang murah dan ada yang mahal, kalau s

yarikat kontraktor yang berdaftar biasanya mereka dah JV dengan kilang, pembekal atau mana-mana pemborong untuk pastikan dapat ” BEST PRICE “.


Untuk kos Upah pula, biasanya kontraktor yang berdaftar ni akan Upah hari ( gaji ) , dan membekalkan makanan ( pagi, tengah hari, dan petang ), minyak kenderaan dan ubat-ubatan ( jika luka atau berlaku sebarang kemalangan Di tapak yang tidak begitu serius )


senang cerita lah, kalau cari yang Tukang ‘tingkat muat’ ni, rumah pun carca marba lah, sana sini tak sama ukuran... lagi parah kalau Tukang tu Tahu buat semua benda! SALAH!


setiap orang ada kepakaran masing-masing, dan setiap kepakaran masing-masing ada kelebihan yang tak sama dengan setiap orang.... perlu bijak kenalpasti yang mana ‘mampu’ atau ‘ tak mampu ‘



minah kontraktor kongsikan 3 cara untuk pilih KONTRAKTOR yang tepat!


  1. PASTIKAN KONTRAKTOR TERSEBUT MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN TERTENTU DAN PALING PENTING ADALAH BERDAFTAR!


yang ni kena teliti, setiap syarikat kontraktor mempunyai kepakaran yang berbeza, kemahiran yang berbeza, jadi kena bijak memilih! Kalau ada ada BRAND tu, dia ada memenangi apa-apa anugerah tak? Ini juga penting kerana kekemasan urusan pentadbiran, urus tadbir syarikat ( pengurusan ) , pengurusan tapak serta pencapaian kemenangan perlu seiring.



2. DAPATKAN QUOTATION ( PENGIRAAN HARGA ) YANG BERNAS DAN LOGIK, BESERTA KUALITI DAN JENIS GRED BARANG YANG ADA PENGESAHAN DARI PIHAK BERWAJIB ( cth : SIRIM )


harga sangat penting dengan tanam kualiti yang disediakan.... kalau harga mahal tapi kualiti tak memuaskan tak boleh juga kan? Kalau harga mahal sikit tapi kualiti AAA memang puas hati lah!...

apa pun, tengok lebih testimoni pelanggan syarikat tu, kalau banyak yang ++++++++ Memang terbaik lah!



3. PASTIKAN SYARIKAT KONTRAKTOR ADA BEKALKAN DESIGN SEKURANG-KURANGNYA PELAN LANTAI UNTUK MENJELASKAN SAIZ RUANG DAN LEBIH SPESIFIKASI!


sebelum nak buat bayaran, pastikan jelas dulu dengan saiz dan ruang , spesifikasi barang apa digunakan, berapa saiz tingkap misalnya, pintu jenis apa dan tiles berapa kaki. Semua ni tanggungjawab kontraktor tu kena jelaskan secara terang kepada pelanggan sampai pelanggan faham dan boleh buat bayaran ikut seperti dalam perjanjian.


Kesimpulannya, berhati- hati memilih kontraktor, pastikan kontraktor yang dipilih boleh diharap dan mampu untuk jalankan projek anda dengan jayanya! Yeahhhhhhhh!



84 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page