Minah Kontraktor
Kena tipu dengan kontraktor?
apa first step nak buat kalau kena tipu dengan kontraktor?
pertama, bertenang dan jangan marah.. munkin silap anda ! tetapi kita nak perbetulkan keadaan ni balik. Pastinya hak kita sebagai pelanggan mahukan keadilan... dengan Siapa nak mengadu? Dengan siapa nak meluahkan masalah ni?
ini hanya cadangan sahaja,
bincang baik-baik dengan Tukang @ kontraktor tersebut, selagi ada respon boleh berbincang dengan baik, munkin Tukang @ kontraktor mempunyai masalah kewangan.
sekiranya tidak boleh berbincang, atau tukang @ kontraktor tersebut mengelak untuk berbincang @ melarikan diri , dapatkan nasihat dari lawyer terlebih dahulu, apa step seterusnya nak buat.......
boleh rujuk ke KPDNKK untuk maklumat lanjut, kerana kita PELANGGAN , PENGGUNA, dan perlu dapatkan hak kita sebagai PELANGGAN @ PENGGUNA.
simpan barang-barang @ bahan-bahan binaan tu terlebih dahulu Di tempat yang selamat dan tidak terdedah , kerana akan merosakan lagi barang @ bahan binaan tersebut.
lebih bagus sebelum projek dijalankan ada hitam putih, sekiranya ada aggrement kita sebagai pelanggan akan faham setakat mana yang ditinggalkan dan setakat mana lagi perlu sambungan..... kita perlu jelas dengan Perkara begini terlebih dahulu....
selalunya tukang @ kontraktor akan lari dan tidak akan bertanggungjawab dah, dan perkara begini biasa berlaku, sekiranya tahu dimana rumah @ tempat tinggal Tukang ni, boleh ke rumahnya untuk berbincang baik-baik.
sekiranya hilang terus, tak dapat dijejaki lagi, gunakan kuasa viral dalam media sosial , post gambar dan nama syarikat ( jika ada ) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat kepada pengguna media sosial khususnya.
percayalah, jika terjumpa balik pun, tak munkin rumah anda akan disiapkan, kerana modal telah habis dan anda perlu menambah lagi modal kepada dia untuk teruskan binaan rumah @ renovasi rumah anda...... dan perkara begini anda harus terima dengan hati yang tenang dan sabar.
Upah Tukang lain @ kontraktor yang lain untuk sambung projek tersebut, tetapi perlu diingatkan tiada jaminan selepas binaan siap. Kerana projek sambung tak semua kontraktor akan terima dan buat.
boleh cuba mohon dengan kontraktor yang lain, berpengalaman serta beretika untuk sambung projek yang terbengkalai ni. Pastikan jangan lebih dari 6 bulan - 1 tahun.
Semoga tips ni sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih Berhati-hati dan sabar untuk terima kenyataan ni... sabar dan terus tawakal. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan....
Pastikan minah kontraktor, Baru bina.........