Minah Kontraktor
Kata-kata positif
Siapa kita lepas 10 tahun adalah berdasarkan harini dengan Siapa kita berkawan, dengan Siapa kita berdamping, dan dengan siapa kita bercakap, ini semua berkaitan untuk 10 tahun akan datang.
Tak Kira lah kita berniaga dalam sektor apa pun, sekiranya kita ‘tukar circle’ kita , ianya mampu merubah pendapatan Kita, percakapan kita dan tindakan kita, semuanya akan mempengaruhi kita seluruhnya, dan ini Sangat penting!
bukan selalunya orang berjaya mempunyai kawan ramai, dan bukan selalunya yang berdamping dengan kita ‘ikhlas’ terima kita seadanya, betul tak? Jadi kita perlu tukar ‘ circle ‘ kita untuk pastikan kita tak terbabas lagi 10 tahun akan datang......
saya kongsikan 3 tips untuk anda yang Baru nak berjinak- nak dalam bidang pembinaan ni..... semuanya berbalik dengan Siapa anda belajar dan dengan Siapa anda berkawan...........
ELAK BERKAWAN DENGAN ‘ KAKI GOSIP ‘
faham kontraktor kena tahu hal ehwal semasa, tapi jangan sampai bersembang yang boleh menjatuhkan orang lain, dan jangan sembang dengan yang kaki suka reka cerita, elakkan berkawan dengan mereka yang tidak bercerita berkenaan hal ehwal semasa tetapi berborak berkaitan perkara ’ belum pasti ’ seperti gosiip! kadang-kadang ianya boleh menjadi 1 fitnah jika tak betul maklumat yang disampaikan manakala menjadi 1 dosa jika yang disampaikan berunsurkan mengumpat @ mengata.... semuanya berbalik kepada dengan Siapa kita berkawan, dengan Siapa kita berborak dan dengan Siapa kita kongsikan masalah...........
2. KURANGKAN BERSEMBANG DENGAN MAKCIK BAWANG DALAM MEDIA SOSIAL.
uishh, banyak group media sosial sekarang yang ramai dengan majlis netizen dan makcik bawang kan, yang tah berita tu betul atau tak, sahih atau tidak, dan ini perlu kita elak untuk tidak ‘ terjebak ’ . Mula- mula yela sekali dua , lama-lama takut berjangkit dan parah pulak....... kurang-kurangkan bersembang dengan mereka yang tak mendatangkan positif situation...... take note ok!
3. FOLLOW MEREKA YANG BERJAYA!
pernah dengar tak istilah, kalau kita berkawan dengan orang jual minyak wangi, kita pun wangi, kalau berkawan dengan Tukang gunting rambut, rambut kita pun kemas, dan kalau berkawan dengan Tukang rumah, rumah kita cantik dan berkemas? Jadi, istilah tu amat sesuai kalau-kalau anda yang Baru nak tukar circle ni ikut dan buat.... munkin dengan cara ni nanti anda boleh sukses seperti dia siapa tahu kan? Dan orang pun tak sangka yang 1 hari nanti dia akan berjaya, pastikan follow rapat-rapat mereka yang berjaya ni.... bukan susah pun, media sosial kan ada......
simple but true right?
kesimpulannya, dengan Siapa kita berkawan tu penting, dengan siapa kita bercerita tu penting, dan dengan Siapa kita berborak tu penting...... semuanya berbalik kepada anda dan pilihan anda, kawan anda adalah melambangkan diri anda sendiri.
deal?
