top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Kabinet dapur murah 2021 ! HARGA SEKSI!

Updated: Jan 6, 2021


Tengok la ’ build up ‘ kitchen cabinet dengan kontraktor yang seksi harganya!


mana la bini tak sayang kalau dapur ada kabinet yang cantik!


Ruang tamu dan bilik tidur biasanya merupakan ruang untuk berehat dan bersantai. Begitu juga, dapur dan ruangan makan yang berfungsi sebagai ruang penstoran barangan keperluan harian, sama ada perkakas dapur, tempat letak peti ais, ruangan memasak dan sebagainya. Oleh itu ringkasnya setiap ruang rumah mempunyai fungsi yang tersendiri.


Sebagaimana kita menginginkan ruang rehat yang selesa begitu juga keinginan untuk ruang dapur kita nampak lebih kemas dan praktikal. Jadi, bagi mewujudkan ruangan dapur yang lebih kemas dan praktikal, pemilihan kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk ia tahan lebih lama dan mudah untuk digunakan. Macam mana untuk pilih kabinet dapur yang tahan lama? Pastikan anda baca perkongsian mengenai 5 tips pilih kabinet dapur yang boleh tahan berkurun lamanya.


Antaranya ialah kenali material kabinet di pasaran, ketahui kebaikan dan keburukan sesuatu material, pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar, dapatkan info yang sahih daripada pakar dan yang terakhir ialah pemilihan warna kabinet yang bersesuaian dengan konsep rumah.


1.Kenali material kabinet dapur SEXY!

Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Minah kontraktor yakin ramai suri rumah atau bakal penghuni rumah baru sudah pun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka. Betul?


Tapi, macam mana pulak dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan untuk dapur mereka?


Antara material yang biasa menjadi pilihan ramai ialah melamine ABS, laminate, 3G, 4G, solid Nyatuh dan juga aluminium. Semua material ini ada kelebihan masing-masing. Pilih lah mengikut kesesuaian tempat, keadaan, minat dan juga bajet hampa laaaa.



2. Ketahui kebaikan dan keburukan setiap material ( NI FAKTA YANG HAMPA KENA TAU )

Antara beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan ialah :

· Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang

· Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan

· Ketahanan material terhadap kelembapan atau kalis air

· Ketahanan dari serangga perosak


2.5. Minah Kontraktor berdaftar! Tu yang penting!

Tips ini merupakan salah satu tips yang penting sebelum memilih kontraktor yang akan renovasi rumah anda. Jika anda tersalah pilih, berkemungkinan anda akan mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, sebelum buat keputusan, anda perlu selidik latar belakang kontraktor dan syarikat mereka di laman web CIDB dengan 3 langkah berikut:

Step 1 : CIDB MALAYSIA

Step 2 : Isikan maklumat berkaitan kontraktor anda seperti nama, lokasi, kategori dan sebagainya

Step 3 : Klik butang ‘carian’



3. SURVEY LAH DULU! BARU LAH SEKSI!

Bagaimana ingin tahu info di Google sahih atau tidak? Mudah sahaja, boleh mulakan carian di google sebelum berjumpa dengan pakar. Kemudian kumpulkan maklumat tersebut, dan tanya pada pakar hiasan dalaman satu per satu. Dan jangan lupa minta contoh setiap satu dan catatkan info tersebut bagi tujuan akan datang.




5.Pilih warna kabinet YANG SEKSI!

Selain daripada kenali material, pilih kontraktor dan lain-lain, pemilihan warna kabinet juga amat penting supaya match dengan konsep rumah. Dan sekiranya ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Maka terpaksa lah melabur lebih untuk melakukan pewarnaan semula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri. Oleh itu, pastikan anda memilih warna dan material yang akan kekal cantik dan evergreen walaupun sudah makan tahun.




Selain daripada material pintu dan carcase kabinet dapur, antara komponen yang paling penting bagi sesebuah kabinet dapur adalah pemilihan kaunter top atau lebih dikenali sebagai table top yang juga mempunyai beberapa jenis material yang di tawarkan di pasaran. Antaranya solid surface, quartz stone, granite dan marble. Kesemua bahan ni mempunyai ketahanan berbeza yang sesuai yang dengan harganya di pasaran.


Nak lagi mudah sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kabinet dapur, hubungi kami segera. Kami menyediakan khidmat konsultasi atas talian secara percuma bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.


Bincang dengan #minahkontraktor dan ciptalah dapur IMPIAN UALL! SEXY!




































1,167 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page