Minah Kontraktor
Bina Rumah murah 2022 parit buntar minah kontraktor
Assalammualaikum semua . . .Semoga anda dimurahkan rezeki,dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan. . .Amin. . .
Min nak update topik pasal Bina Rumah. . .
*****
"Pelanggan nak apa kami akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh pelanggan ke minah kontraktor
. . "
***
Ramai yang mai di opis nak tanya pasal bina rumah,kadang-kadang nak tahu harga sekaki,ada yang mai nak tanya 'hangpa kira macam mana' ,dan macam-macam lagi soalan yang ditanya. . .
Min suka cerita perjalanan bina rumah kat client semua,supaya client faham dari A to Z. . . Tak lah cerita detail.. . Just sinopsis supaya client faham sikit. . .
Actually client kena bagitahu berapa bajet sebenar ke kontraktor. . .Contohnya dalam tangan ada RM 150K, RM 150K tu termasuk daftar LAP tak? urusan TNB? submit plan majlis? dan bayaran untuk 1st design? Kalau termasuk bermakna harga untuk bina rumah tu kuranglah dari RM 150K.
Kalau tak termasuk,bolehlah bina rumah RM 150K tu. Bila kata bina rumah sebuah ni memang lah kos sampingan banyak. . . TNB,LAP (bagi Kawasan perak) dan submit pelan ke majlis dan 1st design. . .
Proses ni biasanya makan masa sikit,selalunya kami pun ikut progress daripada pihak majlis,dan pihak-pihak berwajib lain. . .Untuk kesenangan dan keselesaan pelanggan kemudian hari. . .
Semua ni bermula apabila client datang ke pejabat dan berminat nak bina rumah. . .Segala proses yang dinyatakan selalunya atas tanggungjawab pelanggan. . .Sebagai kontraktor,kami hanya menjalankan tugas membina dan menyiapkan rumah. Serta extra kerja yang berkaitan seperti bekalkan kontraktor LAP kepada pelanggan.
Disebabkan syarikat ni dah lama,jadi ramailah team-team bawah syarikat kami. . .Jadi,semua dalam 1 bumbung. . .Termasuklah berkaitan design,elektrik dan paiping. . .
Alhamdulilah,perancangan seperti yang dirancang pada awalnya dijalankan,diuruskan dengan baik hingga rumah siap seperti yang dijanjikan. . .
Itulah minah kontraktor.
Buat apa yang disuruh,
Cuba lakukan yang terbaik,
dan beri servis @ info yang terbaik untuk semua pelanggan. . .
Sebenarnya,kami tak bina rumah,
Tugas sebenar minah kontraktor ialah realisasikan impian pelanggan,realisasikan cita-cita rumah impian pelanggan. . .Pelanggan nak apa kami akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh pelanggan ke kami. . .
We are minah kontraktorian. . .
#minahkontraktor #binarumah #hargaterbaik #panasmacampisanggoreng #renovasi #berbaloi #binarumahparitbuntar #paritbuntar #kerian

