Minah Kontraktor
Bina rumah murah
Setiap binaan ada seninya, dan setiap setiap seni tak sama bentuk dan warna. Pelanggan mempunyai citarasa yang tersendiri dan sebagai kontraktor, tugas utama ialah memastikan pelanggan mendapat apa yang diidamkan.
setiap ’design’ yang ditunjukkan kepada pelanggan itu adalah hasil yang sesuai dengan bentuk Tanah dan kawasan tersebut.
setiap kawasan ada keistimewaannya!
Sebagai contoh, pelanggan ini mempunyai citarasa yang tersendiri dan kami sebagai kontraktor pilihan bertanggungjawab memastikan rumah ini bukan sahaja siap dibina, tetapi perlu ‘ olah ‘ kembali ikut sesuai luas dan ruang tanah.
Pelanggan datang ke pejabat bertujuan untuk bertanya berkaitan harga sekaki dan apa yang pelanggan dapat jika bina rumah dengan kontraktor tersebut, seperti biasa lah minah kontraktor mempunyai ‘ tarikan ‘ yang tersendiri.
selain memberi harga yang berpatutan, minah kontraktor juga menjadi ‘ orang tengah ‘ antara pengilang dengan pelanggan dan menyusun jalan agar dipermudahkan urusan membina rumah dan lain-lain urusan berkaitan kerajaan dan agensi lain.
mempunyai 4 lesen serangkai, lengkap dengan dokumen pendaftaran serta berbekalkan pengalaman selama 28 tahun, minah kontraktor memberi ‘ lebih ’ servis kepada pelanggan-pelanggan.
dan ini adalah salah 1 tarikan yang pelanggan tunggu-tunggu.......ianya susah nak dijelaskan tetapi hanya yang pernah berurusan dengan minah kontraktor akan faham.
tarikan yang lain ialah darisegi semasa dan selepas pembinaan, ini u all kena ‘ feeling ‘ sendiri kerana fasa ke fasa menjimatkan kos pelanggan. Ada pelanggan yang perasan tau.........
ini yang membuatkan minah kontraktor sentiasa menjadi pilihan orang ramai sejak 28 tahun yang lalu.
terima kasih kerana memilih minah kontraktor.