Minah Kontraktor
Bina Rumah dengan Pembiayaan LPPSA by Minah Kontraktor

Assalammualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran. . .Alhamdulilah siapa yang dah Khatam Al-Quran memang anda seorang insan terpilih dan syabas diucapkan!
Di hari yang mulia ini,Min nak share sikit pasal LOAN LPPSA. . .Bagi kakitangan Kerajaan yang nak Bina rumah. . .
Penjelasan ni min ambil sikit-sikit dalam Laman Web LPPSA.GOV.MY/pembiayaanbinarumah
Sekiranya ada pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi kami 017 4272423 / 019 2910298 InsyaAllah Kami akan respon sepantas yang boleh. . .
Selamat membaca. . .
***** Proses menggunakan LPPSA Untuk Beli Tanah dan Bina Rumah (Loan Kerajaan)
1. Semak Kelayakan sebelum memohon.
Check kelayakan loan.Tapak tanah lot jenis geran bangunan.Geran pertanian ATAS NAMA PEMOHON juga diterima ( Sila rujuk WWW.LPPSA.GOV.MY ) tapi bergantung kelulusan majlis daerah.Mohon pinjaman beli tanah ( Lppsa ni ada banyak jenis loan,boleh tengok satu-satu) kalau seperti yang min bagitahu diatas tu pinjaman jenis 4.
2. Minah Kontraktor dan Lawyer Panel Lantik kontraktor yang ada lesen CIDB sah (wajib),bukan setakat CIDB,SPKK,BPKU,dan Lesen Kewangan pun kami ada serta Lawyer Panel LPPSA.Dengan Minah Kontraktor ni, Lawyer Panel kami sendiri.Senang kat client balik.
3. Pelan dan Kelulusan Minah Kontraktor akan lantik Arkitek buat pelan ikut persetujuan bersama serta quotation dari kami. Pelan lulus dari PBT. Biasanya client hantar. . .Kalau kami hantar,melalui lawyer. . .
4. Pembiayaan Lawyer akan uruskan dengan pihak Kontraktor untuk proses tuntut pinjaman LPPSA dan akan uruskan borang permohonan untuk penilaian dari JPPH. Penilaian dari JPPH sahaja yang boleh, VALUER luar tak boleh yer . . . Penilaian akan dihantar terus ke LPPSA. Selepas dah lulus pinjaman,proses Bina Rumah pun bermula . . .
5. Proses Bina Rumah bermula Pihak penilai akan tinjau pembinaan. Majlis / PBT akan mengesahkan rumah sama ada selamat diduduki atau tidak.
Tambahan nota. . .
• Anda perlu bersedia dengan kos awalan contohnya,untuk pelan dan dokumentasi berkaitan ( kami akan berikan senarai dokumen apa yang berkaitan ).Mungkin mencecah RM 10,000.00 - RM 15,000.00. Selepas itu,baru dapat kembali dari LPPSA.
AWAS! Jangan sebarangan 'MARKUP LOAN' ,semasa buat semakan kelayakan pastikan kira betul-betul. Biasanya 10% dari kos keseluruhan kena sediakan terlebih dahulu YER . . .
CARA MEMOHON : • Cara mohon online di Portal SPPB.
• Pinjaman (jenis 2) untuk Bina Rumah atas Tanah Sendiri.
• Pinjaman (jenis 6) Untuk Bina Rumah atas tanah yang guna loan LPPSA.
• Pinjaman (jenis 4) Untuk Beli Tanah dan Bina rumah.
• Bina rumah hanya boleh di atas tanah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan ( pinjaman jenis 4 dan 6 ) atau nama yang ada dalam geran.Kalau rezeki dapat tanah terpijak (Pinjaman jenis 2).
• Tanah kena Nama Pemohon atau bersama.Kalau dalam Geran Tanah ada nama Isteri dan suami tapi jika yang mohon hanya suami. BOLEH!
• Margin Pinjaman beli tanah HANYA 50% dari kelayakan LPPSA tau.
• Guna Pinjaman LPPSA untuk Beli Tanah dan Bina Rumah masih kira pinjaman pertama yer. . . Kedua, mohon untuk Pinjaman Ubah Suai ( jenis 7 ),yang ni pulak dikira pinjaman kedua yer. . .Tak perlu selesaikan pinjaman pertama tu pun boleh. . .
• CONTOH,Beli tanah guna Takaful Etiqa,beli rumah pun kena guna Takaful Etiqa juga,buat perbandingan terlebih dahulu diportal. LPPSA wajib amik takaful yer. . .
• Selalunya client akan pilih kami sebab Loan hanya 'Disburse' lepas Kami Claim dan penilai buat site visit dan hantar report ikut progress. Loan lambat disburse tau. . .So client pun kena bijak pilih kontraktor juga. . .
AWAS! Anda tak boleh menipu Apply Pinjaman Bina Rumah tapi rumah tak buat.
• Tak boleh apply loan serentak! Contoh: Bila Gaji sudah di potong untuk beli tanah (jenis 4) barulah boleh apply loan untuk Bina Rumah (jenis 6).
• Beli tanah guna Personal Loan ( ibarat beli tanah cash ),Kemudian nak bina rumah guna LPPSA tak boleh. Kalau dah terbuat,terus Apply Loan Bina Rumah LPPSA (jenis 2).Cuma kena bayar 2 loan,PL ( Personal Loan ) dan LPPSA. Elakkan beli tanah guna PL ( personal loan ) yer . . .
• Kalau dah TERbeli tanah guna loan bank, boleh refinance ke LPPSA untuk 'settle' baki hutang (jenis 5). Tapi tak boleh bina rumah dah.
• Suami beli tanah guna Personal Loan, Si isteri beli tanah itu dari Suami guna LPPSA, then nak Bina Rumah. TAK BOLEH! Jual beli Suami Isteri LPPSA tak terima KECUALI Adik Beradik boleh lah. . .
• Penting kena tahu proses yer. . . . Memang ramai sekarang Kontraktor BBNU ( Budak Baru Nak Up ) buat cara marketing LOAN LPPSA,LOAN LPPSA, tapi yang takutnya client dah buat loan,tapi rumah tak siap-siap! Paling habis Kontraktor tu kena saman dan black list jer. . .
Yang menanggung hutang sampai bila-bila tu macam mana? Huh! Berhati-hati guys!