top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

BINA RUMAH 2021

Updated: Jan 6, 2021


Kalau nak miliki rumah yang unik dan berbeza dari orang lain, bolehlah baca panduan ni dan mengambil peluang untuk bina rumah atas tanah sendiri!



Langkah 1: Sediakan Bajet Untuk Pembinaan Rumah kalau anda ada tanah sendiri, ada satu lagi alternatif yang anda boleh pertimbangkan: bina rumah sendiri.

Berbaloi ke tak nak bina rumah sendiri?


Tak kisahlah rumah baru atau rumah sendiri, perkara paling penting sekali adalah tengok bajet dahulu.

Ini cara ringkas kalau anda nak tengok samada anda mampu ke tak untuk dapat pinjaman rumah :

  1. Ambil gaji bulanan anda dan tolak semua komitmen.

  2. Dengan jumlah yang tinggal tadi, tentukan berapa bayaran maksimum yang anda mampu bayar tiap-tiap bulan.

  3. Pastikan anda masih ada duit lebih untuk makan pakai apa semua, dan pastikan anda bersedia kalau ada apa-apa kecemasan.

Ada beberapa alat yang boleh bantu anda untuk buat kira-kira ni secara automatik:

  • Affordability Calculator – Alat ni menentukan jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh pohon berdasarkan gaji bulanan, kadar faedah, dan tempoh pinjaman.

  • Mortgage Repayment Calculator – Alat ini akan mengira berapa pinjaman bulanan yang anda kena bayar berdasarkan jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pinjaman.

Ada beberapa faktor penting yang akan mempengaruhi kos anda, iaitu:

  • Saiz rumah

  • Kualiti bahan binaan

  • Struktur dan reka bentuk rumah

Jadi pastikan anda buat perancangan dengan teliti. Ingat, mungkin anda boleh tunggu kalau rumah siap lambat, tapi pinjaman perumahan kena juga bayar tiap-tiap bulan!




Langkah 2: Semak Status Hak Milik Tanah Bila anda dah tahu tanah mana nak pilih (kalau anda ada banyak tanah la), pastikan struktur tanah tu kukuh dan bukan terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh.

Kemudian, semak hak milik tanah untuk memastikan anda boleh mendapat kelulusan untuk membina rumah sendiri.

Mengikut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, dalam surat hak milik, kategori penggunaan tanah perlulah dinyatakan sebagai “bangunan”, dengan nama anda sebagai pemilik tanah.

Macam mana pula dengan tanah bagi kategori “pertanian”, boleh tak saya bina rumah sendiri?

Bagi tanah dengan kategori “pertanian”, anda boleh memohon daripada majlis daerah untuk menukarkan kategori tersebut kepada “bangunan”.

Tapi sebelum tu, tanya pihak bank dulu, sebab kebanyakan polisi mewajibkan tanah tersebut dalam kategori “bangunan”, tak kiralah sama ada majlis daerah meluluskan permohonan anda atau tidak.





Langkah 3: Pastikan Anda Lantik Pasukan Yang Bertauliah

Sekarang tiba masanya untuk anda melantik:

  • Arkitek dan juru ukur

  • Kontraktor

  • Peguam untuk menguruskan kontrak perjanjian antara anda dengan kontraktor

Pada fasa ini, kontraktor bertanggungjawab untuk:

  • Reka bentuk berdasarkan bajet, kualiti, dan tempoh yang dipersetujui.

  • Menyediakan pelan lukisan rumah yang sesuai untuk dihantar kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit rumah.

  • Bila rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC) yang menandakan rumah tersebut selamat untuk didiami.

Antara tugas juru ukur adalah untuk membantu mengukur keluasan sempadan rumah dan menjalankan kerja-kerja mengukur tanah yang lain.

Anda boleh dapatkan senarai arkitek yang berdaftar dengan JKR, di sini.

Harus diingat, ada tempoh masa menunggu untuk anda mendapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.






Langkah 4: Sediakan Perjanjian Membina RumahSeterusnya, anda perlu mendapatkan quotation (sebut harga) daripada kontraktor.

Sebut harga akan digunakan untuk menghantar permohonan pembiayaan anda kepada LPPSA (jika anda guna pinjaman perumahan kerajaan) atau kepada bank untuk menilai pinjaman yang anda layak.

Pastikan anda melantik kontraktor dan peguam bertauliah untuk selesaikan kerja. Semak kelulusan dan latar belakang mereka terlebih dahulu!

Sebenarnya ada banyak kes di mana pengguna tertipu dengan kontraktor. Pada 2016, kes macam ni merupakan aduan kedua tertinggi yang direkodkan NCCC (Pusat Perkhidmatan Aduan Nasional)

Anda boleh semak sama ada kontraktor tersebut berdaftar atau tidak di laman web SSM. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kontraktor tersebut di laman web CIDB.

Buat tinjauan sebut harga terlebih dahulu, supaya anda boleh bandingkan harga apa yang sesuai dengan bajet anda menggunakan bahan binaan yang berkualiti.

Kemudian, tibalah masa untuk mencari peguam yang bertanggungjawab untuk:

  • Memastikan perjanjian membina rumah antara anda dengan kontraktor sah di sisi undang-undang.

  • Menguruskan permohonan pinjaman yang melibatkan aspek undang-undang.

  • Menguruskan proses tuntutan wang daripada pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek binaan yang telah dijalankan.

Jika anda tidak teliti dalam membuat surat perjanjian membina rumah, mungkin akan ada masalah di kemudian hari.

Sebagai contoh, sekiranya kontraktor membiarkan projek terbengkalai, anda tidak ada sebarang bukti yang kukuh untuk membuat aduan sekiranya ia tidak dinyatakan oleh perjanjian membina rumah.



Langkah 5: Proses PenilaianSetelah pelan rumah diluluskan dan perjanjian membina rumah ditandatangani, bank dan LPPSA akan menjalankan penilaian sebelum meluluskan pinjaman.

Pemberi pinjaman akan membuat perbandingan daripada aspek keluasan rumah, lokasi, dan beberapa faktor lain.

Langkah 6: Kini Proses Pembinaan Bermula!

Sepanjang proses pembinaan, jangan lupa untuk memantau perkembangan kerja kontraktor.

Pastikan anda simpan segala resit yang dikeluarkan kontraktor. Anda juga perlu selalu menghubungi peguam anda bagi melancarkan urusan tuntutan wang dengan kontraktor berdasarkan perkembangan kerja.

Jika ada apa-apa masalah dengan prestasi kontraktor, anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna.

Langkah 7: Dapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

Setelah rumah siap, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperlukan untuk menandakan yang rumah tersebut selamat didiami.



Langkah 8: Pembayaran cukai dan insurans

Setalah rumah siap, ada beberapa pembayaran yang perlu anda jelaskan:

  • Cukai pintu dan tanah

  • Insurans kebakaran

Rumah dah siap, kunci dah dapat, cukai dah bayar. Sekarang, barulah boleh tarik nafas lega.


Kami harap perkongsian artikel ini akan membantu anda dalam membina rumah impian yang dah lama diidamkan. Selamat berjaya!




#BINARUMAHMURAH #binarumahmurah #binarumah2021








5,527 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page