Minah Kontraktor
Bina rumah 1 keperluan..
Bina rumah 1 keperluan pada masa sekarang. Bukan 1 kehendak......
ada pelanggan yang struggle nak dapatkan asset hartanah, ada juga pelanggan yang pencen, ada cash untuk bina rumah walau bajet minima... ada Tanah peninggalan keluarga tapi tak pasti nak usahakan apa sebab sibuk dengan komitment kerja , kalau nak bercucuk tanam kena fokus pada komitment bercucuk tanam pula, kalau dah bina rumah semuanya kontraktor uruskan, pelanggan tahu Rumah siap dan sewakan. Ini yang dikatakan bina rumah 1 keperluan.
pada yang kata bina rumah 1 kehendak itu tidak berapa tepat, kerana trend bina rumah dilihat semakin hari semakin mendapat permintaan.
“ ruang rumah terhad, tambah pula kami tak tahu perjalanan pembinaan rumah dengan pemaju, yang pemaju tunjuk rumah dah siap, ” makcik leha bercakap.
ada 1 ketika, pejabat mk sendiri dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan yang nak bina rumah sahaja berbanding renovasi. Sebelah pejabat mk ( selang 3 kedai ) adalah pemaju perumahan. Mereka juga hairan dengan fenomena dan Sambutan luar biasa bina rumah.
kedua, ruang rumah boleh diolah, disusun ikut kehendak pelanggan... ini juga menyebabkan pelanggan berminat untuk bina rumah kerana ruang dalaman pelanggan boleh disusun dan diatur.
ketiga, pelanggan Amat teruja bila diajak untuk memilih tiles, cat, kitchen cabinet dan lain-lain untuk rumah mereka. Malah mereka boleh tukar ‘anytime’ tiles atau cat yang jika mereka terjumpa yang lebih menarik.
kebanyakkan pelanggan mk terdiri daripada mereka yang pencen, ada juga yang nak selamatkan Tanah peninggalan keluarga untuk bina rumah dengan buat personal loan. Ada juga yang dari duit kwsp akaun 2, dan ada juga duit dari amanat orang yang telah meninggal dunia untuk membina sebuah rumah untuk diwakafkan.
banyak pengalaman yang kami lalui bersama pelanggan, moment dengan pelanggan tak dapat kami lupakan...
Kesimpulannya, bina rumah walau tak duduk, boleh dijadikan asset, jika duduk boleh pilih ruang nak besar mana, boleh atur nak ruang rumah bagaimana . Dari Tanah tu terbiar, tambahan pula penuh dengan komitment kerja, jalannya ialah bina rumah...dan sewakan......
terima kasih kepada pelanggan yang banyak menyokong kami, yang menyebabkan kami lebih upgrade dan kehadapan. Terima kasih kepada pelanggan semuanya!
