top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

Bentuk dan saiz rumah sama tapi harga BERBEZA? Sebab?

Updated: Jan 6, 2021


Untuk post kali ini, mk kongsi sedikit mengenai isu kualiti bina rumah.

1. bila kita mendapatkan sebutharga atau bertanyakan harga binaan persekaki persegi,selalu kita mendapat harga yang terlalu berbeza kan?

ada kontraktor yang memberikan harga sekaki RM 80 dan ada yang memberi harga sehingga RM 150 sekaki, malah ada yang lebih dari itu......


2. mk kongsikan disini, harga per sekaki persegi tidak boleh dijadikan rujukan oleh pelanggan untuk menilai harga sesebuah rumah, dan INI SALAH!


Ini kerana setiap kontraktor mempunya penilaian mereka sendiri bagi harga persekaki persegi.


3. Logiknya, Harga per sekaki persegi ini adalah terlalu subjektif kerana harga yang ditawarkan oleh kontraktor yang memberi harga RM80 dengan yang memberi harga RM150 sudah tentu tidak sama.

Perbezaan terletak dari segi spesifikasi dan juga kualiti serta cara binaan.

mk memberi penjelasan semudah mungkin untuk perbezaan-perbezaan yang boleh menyebabkan sesebuah rumah dengan saiz yang sama mempunyai harga yang berbeza.

Perbezaan Utama Yang Menyebabkan Perbezaan Harga Rumah Dari Kontraktor Berbeza!

Kita mulakan dengan perbezaan paling penting.


Binaan struktur rumah


Terdapat banyak cara struktur rumah boleh dibina, yang terbaik adalah pembinaan dengan menyiapkan strukur binaan terlebih dahulu mengikut pelan kejuruteraan dan spesifikasi yang ditetapkan jurutera.

Kos binaan yang ini semestinya adalah lebih mahal dari binaan yang menggunakan kaedah menyiapkan struktur separa dan jalankan kerja ikat bata sebelum rasuk bumbung/atas dibina.

Kekurangan kaedah ini adalah bata menampung beban dari rasuk yang sepatutnya beban tesebut ditampung oleh tiang.

Kaedah binaan kualiti yang terendah adalah binaan dengan menggunakan tiang siap bersaiz 100 mm x 100 mm dengan binaan tanpa asas tapak (asas tapak di sekalikan dengan lantai) dan bahagian rasuk atas hanya diletakkan dua batang besi atau tiada langsung, rasuk bawah pula disekalikan dengan lantai tanpa besi tegasan bagi rasuk dan hanya diletakkan besi BRC lantai sahaja.


Semestinya kaedah terakhir adalah jauh lebih murah untuk dibina berbanding kaedah pertama, jadi harganya juga berbeza dan ini juga menjadi Masalah utama kepada pelanggan untuk menentukan ’ servis yang berharga murah atau servis berharga tinggi sedikit?


Kualiti besi yang digunakan dalam binaan.

Perlu juga diingat disini, di dalam pasaran terdapat dua kualiti besi tegasan berbeza iaitu kualiti terbaik menggunakan besi tegasan mengikut standard BS (British Standard) dan kualiti kedua mengikut standard CQ (construction quantity).


Perbezaan kedua-duanya adalah dalam RM1000 bagi setiap tan, jadi jika kontraktor binaan anda menggunakan besi jenis BS, kosnya sudah tentu lebih tinggi.


Perbezaan ketara kedua-dua besi ini adalah dari segi kekuatan tegasan, BS mempunyai daya tegasan 460N/mm2, manakala besi CQ mempunyai kadar tegasan tidak tetap, mungkin sekitar 350N/mm2 (besi CQ adalah lembut dan mudah dibengkok dengan tangan).

Saiz nya juga lebih kecil dari yang sepatutnya iaitu jika Y12 sepatutnya berdiameter 12mm, saiz nya hanya berdiameter 10mm.



Selesai tentang struktur rumah, sebab berikutnya juga tidak kurang penting.

Penggunaan Industrialised Building System (IBS).

Terdapat banyak kontraktor dan pengeluar IBS diluar sana yang mencanangkan IBS boleh menjimatkan kos binaan rumah sehingga 40% dari kaedah konvensional.


Tetapi usah anda terburu-buru dan percaya bulat-bulat kata-kata mereka.

Purata penjimatan menggunakan kaedah IBS adalah dalam anggaran 10% dari kaedah konvensional dan ia bergantung kepada jenis IBS yang digunakan.




Sama ada dari kaedah batu blok, kaedah sistem panel atau kaedah prefabrikasi dari kilang.

Jika kaedah yang digunakan adalah kaedah sistem panel dan kaedah fabrikasi, kos binaannya adalah lebih tinggi berbanding kaedah konvensional bagi pembinaan rumah banglo sesebuah (binaan sesebuah ini hanya mengambilkira 1 rekabentuk bagi 1 banglo, bukan 1 rekabentuk untuk binaan beberapa kali).

14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page