top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

6 TIPS NAK JADI KONTRAKTOR

Tengok drama jam 7 petang Di TV amat mempengaruhi’ kekayaan’ dalam cerita drama tersebut mesti seorang usahawan, pejabat yang cantik, pakaian yang melambangkan seorang yang berjaya, dan kereta mewah..... sama ada seorang pemaju close projek 100juta atau seorang kontraktor yang close projek bersama pemaju dengan nilai yang dipersetujui.... ye dok? Hahahahahaha.......


itulah persepsi pertama bila orang akan tahu yang dia seorang kontraktor. HANG MESTI KAYA...... kereta mewah, banyak duit, rumah besar...... kadang-kadang nak hangguk ya pun tak, nak geleng kepala kata tidak pun tak.....hakikatnyaaaa...... bermula dan proses nak sustain itu adalah waktu cabaran yang amat kuat!


Mula tubuh syarikat adalah perkara mudaH, promot servis yang kita jalankan juga mudah, tetapi persoalannya berapa lama mampu bertahan?


Projek kerajaan bagaimana? Projek swasta pula bagaimana?

Siapa yang monopoli? Dan bagaimana dari GRED 1 nak ke GRED 2? atau munkin boleh pergi ke GRED yang lebih tinggi.......... who know kan?


minah kontraktor nak share 6 tips kepada ‘ newbie ‘ yang bercita-cita nak jadi usahawan dalam bidang pembinaan...... kita bermula dengan bismillahhirohmannirohimmm..........


  1. MESTI KENA MINAT.... BUKAN SESAJA NAK JADI KONTRAKTOR......


kena minat dulu, Kena cinta dulu dengan Bisnes ni, baru faham, baru boleh atur ’ game ‘ yang betul...... kalau tak minat tapi nak mencuba, pesan saya jangan cepat putus asa, sebab dugaan seorang kontraktor bukan kaleng- kaleng hokey.............


bila minat baru boleh atur strategi untuk kembangkan perniagaan.......



2. DAH MINAT! MASALAH MODAL PULAK? Macam mana?


ok ikut macam saya, dulu saya pun ada masalah modal awalan, apa saya buat ialah saya ‘ deal dengan hardware ‘ dahulu, misalnya, ambil barang dulu, bayar kemudian.....bila kita alligment dengan pelanggan dan hardware, maka tiada masalah pembayaran dan tiada masalah terima bayaran . Memang akan berjalan dengan lancar, cuma syaratnya kena ada hitam putih....... faham Ye? Maksud hitam putih tu aggrement lah..... saya yakin hardware akan faham..... banyak big company harini pun bermula dengan cara ni........



3. TAK PAYAH BUKAK OFFICE 2 TAHUN PERTAMA, KAT RUANG BILIK YANG SEMPIT PUN BOLEH.....


Siapa cakap seorang kontraktor kena ada pejabat yang cantik? Untuk 2-5 tahun pertama jangan ada ‘ liabiliti ‘ yang banyak.... cukuplah ruang bilik tidur kita tu... ada meja untuk letak dokumen, ada kerusi, ada almari kecil untuk simpan resit-resit dan ada laptop dan printer untuk print DOKUMEN tapi jangan buka pejabat dulu..... bagi ada untung dulu! Jangan terus nak buka pejabat! Kos terselindung nak bukak pejabat ni antaranya utiliti ( tnb, air, dan perabot kecil-kecil ), selain sewa kedai, dan beli white board....... rugi lah! Lebih baik kumpul untung dulu.......nanti lah buka pejabat yang cantik, akan tiba waktu nya..... sabar yeee!




4. KENA RAJIN BERJUMPA ORANG UNTUK PROMOSIKAN SERVIS SYARIKAT AWAK TU......


kaedah ‘ door to door ‘ kini dilihat masih releaven! Untuk promosikan perkhidmatan kita.... jangan malu, jangan segan, keluar dari jam 8 pagi - 5 petang pergi cari peluang projek yang boleh kita ‘ invest ‘ untuk dapat untung............ dalam hal ni tak boleh malu, tak boleh marah, tak boleh putus asa.......pengalaman saya lah, 7 bulan door to door takda sebarang respon dari pelanggan, tapi saya tak putus asa....... itu normal....




5. JANGAN BUAT PEMBIAYAAN DENGAN BANK, JANGAN BUAT PINJAMAN DUIT LAGI DENGAN MANA-MANA INSTITUSI KEWANGAN ! NAK ELAK BAYAR BUNGA DULU!



ini paling saya utamakan, JANGAN LOAN! Lagi... pakai modal yang ada ditangan , hingga kini saya belum pernah nak try buat pembiayaan dengan mana-mana institusi kewangan kerana saya faham maksud ‘ simpan duit ‘ kecemasan dan simpan duit untuk projek A PROJEK B DAN PROJEK C....

caranya, beli beg kat kedai 2 ringgit, saiz beg tu muat letak wang kertas dan stiling..... selama 2 tahun belajar bahagi wang..... jika anda mampu! Boleh lah mula berimpian nak ada pejabat dan staff tetap!


Masa tu baru boleh fikir atau consider nak buat pembiayaan atau tidak untuk besarkan lagi perniagaan kamu ni...... tak salah berangan bermula sekarang! Pastikan ada pelanggan tetap dulu......




6. GUNAKAN APPLIKASI YANG FREE UNTUK REKOD SEGALA APA YANG MASUK DAN SEGALA APA YANG KELUAR, BELAJAR JUGA UNTUK BAYAR CUKAI.....INI PENTING!


Google ada applikasi jadual, simpan rekod, dan lain-lain... android pun ada.... banyak kaedah ada sebelum anda nak ada stafff... sedikit sebanyak membantu anda untuk susun DOKUMEN tapi anda supaya tak ceramuk, tak selerak..... ianya mudah! waktu cuti, pergilah starbuck ke old town ke belajar guna applikasi...... pergi ke Web lhdn untuk daftar bayar cukai.... kalau boleh buka la syarikat kecil dahulu... nanti bila dan Sdn bhd semua ni Seketeri akan uruskan.....


as founder, anda perlu ada cita-cita....... dan impian kena besar.... tak boleh berada ditahap yang sama, mesti kena upgrade!



saya doakan anda semote berjaya dan menjadi seorang kontraktor yang lebih sukses!


FARAH ROSDEN.

























































9,872 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page