Minah Kontraktor
5 tips PENTING SEBELUM MEMBELI air cond 2021 ! Walau PKP, Rumah kena ada AIRCOND BEB!

PKP AGAIN! HAIYAAAAAAAA!
Sebelum ini memiliki AIR COND di rumah dianggap satu kemewahan, kini penyaman udara sudah dikategorikan sebagai salah satu keperluan untuk kebanyakkan rumah di Malaysia. Musim PKP ( MCO ) , ni kebanyakkan kita WORK FORM HOME, lagi Ła kena ' selesa '. Malah yang lebih penting untuk rumah yang mempunyai anak kecil dan warga emas.
Dah la MCO, pergerakan agak terhad, nak p ' shopping complex , nak rasa aircond free' pun pergerakan terbatas , tambahan dengan lumrah cuaca panas sepanjang tahun di negara kita ini, kadangkala agak mustahil untuk kita berehat dengan selesa, walaupun kipas siling telah dipasang pada kelajuan maksimum. Oleh itu untuk memberi keselesaan kepada seisi keluarga, memasang penyaman udara di ruang tamu dan bilik tidur merupakan idea yang terbaik.
Walau bagaimanapun, tidak ramai pemilik rumah mempunyai maklumat yang jelas tentang cara untuk memilih penyaman udara seperti jenis yang sesuai untuk kegunaan dirumah, kapasiti kuasa kuda (HP) yang bersesuaian untuk saiz ruangan yang berbeza dan sebagainya. Di sini MK! (MINAH KONTRAKTOR) kongsikan 5 tip dan garis panduan untuk anda pilih penyaman udara yang terbaik untuk rumah anda.
#MK1 | KuasaKuda (HP) - Penting kah Kapasiti HP Yang Diperlukan?
Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang. Bilik yang mendapat banyak pencahayaan terus kebiasaanya akan memerlukan penyaman udara dengan HP yang lebih tinggi untuk menurunkan suhu di ruangan itu dengan efektif. Dapat sesuatu?
TAMBAHAN.
*Sebelum membeli penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang penyaman udara. Mereka akan bantu anda untuk melakukan penilaian dan memberi cadangan tentang pilihan dan kapasiti penyaman udara yang terbaik untuk setiap ruangan di rumah anda. Atau hubungi terus MINAH KONTRAKTOR untuk dapat khidmat nasihat secara percuma. 017.427.2423
#MK2 | Jenih Penyaman Udara Apa Yang Sesuai Untuk Rumah hampa?
Penyaman udara jenis unit pisah (split unit) yang digantung di dinding sering digunakan di kebanyakkan rumah. Setiap set penyaman udara jenis ini akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam.
UNIT.
Unit dalam haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki bagi bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki. Jadi, untuk bilik yang mempunyai ruang di bahagian atas dinding, penyaman udara jenis ini ialah pilihan yang terbaik.
JENIS KASET.
Penyaman udara jenis kaset juga sesuai untuk kegunaan rumah, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai kawasan yang jarak antara lantai ke siling melebihi 10 kaki. Setiap set penyaman udara jenis kaset akan datang dengan satu unit luar (kompressor) dan satu unit dalam.
Unit dalam akan digantung di siling rasuk (ceiling beam), iaitu di bahagian belakang siling plaster dan hanya panel yang nipis sahaja akan kelihatan. Bahagian yang tersorok dibelakang siling plaster biasanya setebal 700mm. Oleh sebab itu, penyaman udara kaset ini sesuai dipasang di ruang tamu yang mempunyai kawasan ‘void’ yang sangat tinggi atau di bilik loteng ( jika bersesuaian ).
INVERTER ke NON-INVERTER?
Selain itu, anda juga perlu tahu tentang perbezaan antara penyaman udara jenis “inverter” atau “non-inverter”. Unit jenis “inverter” akan beri lebih penjimatan untuk jangka masa panjang.
#MK3| Adakah Cara/CARA Penggunaan Akan Mempengaruhi Jenis Penyaman Udara Yang Akan Dibeli? JAWAPAN : YA!
Untuk rumah yang sentiasa kosong pada waktu siang, tidak ada salahnya jika anda melabur untuk penyaman udara yang mempunyai HP yang lebih tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara dengan 2HP akan mengambil masa yang lebih singkat untuk menyejukkan sesuatu ruang berbanding penyaman udara dengan 1.5HP. Jadi, anda dapat berasa selesa dengan lebih cepat setiap kali pulang dari kerja. Jimat masa kan?
Bagi rumah yang sentiasa mempunyai orang di rumah pada waktu siang, ciri utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap kecekapan tenaga (energy efficiency) untuk penyaman udara itu menyejukkan sesuatu ruang.
Suhu yang selesa bukanlah terlalu sejuk sehinggakan anak anda perlu pakai selimut semasa tidur petang, tapi cukup selasa untuk dia melakukan aktiviti di dalam rumah. Ciri lain yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada penyaman udara tersebut mempunyai kualiti penjimatan elektrik yang tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara tersebut akan dipasang lebih 12 jam setiap hari. Betul tak?
#MK4| Apakah Fungsi Yang Paling Berguna Pada Alat Kawalan Jauh Penyaman Udara?
Fungsi yang paling penting sudah tentu butang ON/OFF.
Jika alat kawalan jauh tersebut tidak mempunyai fungsi ini, anda terpaksa menggunakan tangga untuk panjat dan tekan butang ON/OFF secara manual pada unit dalam penyaman udara tersebut
(dan sesetengah jenama penyaman udara tidak mempunyai butang manual ini!).
Kini terdapat terlalu banyak jenama dan versi penyaman udara yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai jenis fungsi baru. Tetapi secara asasnya, ini adalah senarai ringkas fungsi pada alat kawalan jauh yang perlu anda ketahui:
MK Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.
MK Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.
MK Pemasa (Timer) ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!
MK Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.
#MK5 | Berapa Kerap Penyaman Udara Perlu Diservis?
Jika anda telah pun membeli penyaman udara, semestinya ianya perlu dijaga dengan baik supaya dapat tahan lebih lama dan untuk mengelakkan pembaziran. Servis berkala akan dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) penyaman udara.
Menurut pakar, setiap tahun kadar kecapan penyaman udara akan turun 5% jika tidak diservis. Jika penyaman udara itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.
Selain itu servis berkala juga akan memastikan penyaman udara itu sentiasa berada dalam keadaan balik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum menjadi lebih teruk dan lebih mahal untuk dibaiki. Menurut kajian, servis berkala dapat memastikan penyaman udara tersebut berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.
BEZA AIRCOND INVERTER DAN NON-INVERTER(MINAH KONTRAKTOR TIPS)
Sebelum anda mengetahui apakah perbezaan antara aircond inverter dan non-inverter, kita perlu tahu dulu apakah yang dimaksudkan dengen inverter. APA TU INVERTER? Inverter tugas dia mengawal motor compressor aircond untuk bereda dalam keadaan yang paling optimum! Inverter membolehkan motor compressor mempunyai pelbagai variasi pengawalan. CONTOH, apabila suhu sudan mencapai kadar yang diinginkan, inverter akan memberi SIGNAL kepada motor compressor untuk berhenti bekerja. JADI, motor tidak akan bekerja sepanjang masa dan penggunaan elektrik akan lebih rendah!
Berbanding dengan aircond yang tidak mempunyai INVERTER, motor compressor hanya mempunyai variasi yang tetap sama ada rendah atau tinggi.
JIKA ANDA ADALAH PENGGUNA AIRCOND yang KERAP! Selalu terjaga malam untuk mengubah suhu yang TERLAMPAU SEJUK, BERALIHLAH KEPADA INVERTER boleh mengawal SUHU mengikut kesesuaian. Mengikut panduan daripada laman WEB ACSON, jika anda menggunakan aircond lebih daripada 4 jam sehari, WAJAR anda mendapatkan aircond yang ada INVERTER. Jika tidak, guna sahaja aircond yang non-inverter!
Semarang pertanyaan berkaitan BINA RUMAH 2021, RENOVASI, PASANG AIRCOND boleh menghubungi MINAH KONTRAKTOR, dapatkan khidmat nasihat sebelum nak BINA RUMAH 2021, RENOVASI, DAN PASANG AIR COND. HOKEY?
mai terus SALES & GALLERY minah kontraktor MK , yang beralamat NO 127, Jalan Damai, 34200 Parit Buntar, PERAK. ( 05 717.8898 ) ( 017.427.2423 )