Minah Kontraktor
5 projek jalan serentak....apa kebaikan dan kekurangan? Jom....

Minahkontraktor ohhh minah kontraktor............
hampa boleh ka handle sampai 5 kerja?
Minah kontraktor : jawapan tu takda kat kami, tapi apa matlamat kami ialah lebih dari 1 projek perlu berjalan serentak kerana kami mempunyai target bulanan....
kelebihan tu ada dan kekurangan pun ada... sebagai syarikat berpengalaman kami menitik berat beberapa hal. Antara 2 Hal yang berkaitan ialah barang dan bahan mencukupi serta kapasiti kumpulan kerja .
BARANG DAN BAHAN.
cukupkan dulu, order dulu, letak di stor dulu, pastikan mencukupi dan jika apa-apa emergency pastikan mencukupi dan tidak terbeban. Individu yang dilantik oleh syarikat perlu memainkan peranan penting agar barang dan bahan mencukupi Di tapak. Tak boleh main agak-agak, kena ada note ya......
KAPASITI KUMPULAN KERJA.
kumpulan kerja yang dimaksudkan ialah pekerja kontrak @ pekerja buruh di tapak. Mereka ni terdiri dari berapa orang, dan mereka mampu atau tidak untuk menyiapkan kerja Di tapak. Ini penting.
sekiranya mereka atau salah seorang dari mereka tidak mampu, bermakna anda akan mempunyai Masalah Di masa akan datang dan anda tidak boleh berdiam diri...
anda perlu lakukan sesuatu seperti mencukupkan kumpulan kerja tadi agar segala yang dirancangkan sebelum ini berjalan dengan lancar. Fokus kepada jadual sehari-hari mereka bekerja, dan ambil tahu berkenaan hasil kerja mereka dari semasa ke semasa.
minah kontraktor berpegang kepada 2 aspek penting ini, dan ini juga lah menjadi panduan utama kami selain hal yang seterusnya, seterusnya dan seterusnya lagi....
semoga dengan perkongsian ringkas ini boleh memberi anda sedikit gambaran untuk memudahkan urusan anda Di masa akan datang...... lagi-lagi kalau kontraktor Baru.. jangan takut!