top of page
  • Writer's pictureMinah Kontraktor

3 TIPS 'Sinki dapur' 2022


Hello! Diharapkan para pembaca semuanya sihat-sihat dan sentiasa menjaga SOP dimusim-musim COVID-19 ni. . .Kalau nak p cari Sinki dapur tu pastikan anda jangan langgar SOP yang disediakan okey!


Lama rasanya min tak share tips-tips kat web ni,maklumlah sibuk sikit uruskan kerja-kerja yang patut disiapkan terlebih dahulu.Harini min nak share 3 tips untuk pilih sinki dapur.Ringkas dan padat aje...Semoga Mudah faham dan selamat membeli sinki untuk dapur anda!


Tips #1 Sinki dapur ikut citarasa sendiri

Bincang dahulu dengan Kontraktor.Nak dapur macam mana,bentuk dapur macam mana,dan nak L-shape ke,U-shape ke atau lain-lain shape.Yang paling penting,mesti kena jelas dengan ukuran table top terlebih dahulu.Biasanya Sinki dapur ni termasuk sekali dalam pembinaan,anda tak perlu cari tetapi melainkan jika anda nak tukar yang lain sikit mengikut citarasa tersendiri.Sebelum meng'order' sinki dapur,dapatkan nasihat daripada kontraktor anda agar tidak tersalah order dan tak tersalah ukuran.Sebaiknya beritahu awal kepada kontraktor agar pembinaan table top tu menjadi lebih senang dan cepat siap.


Tips #2 Material sinki dapur

Ada pelbagai pilihan sinki.Contohnya seperti stainless steel dan batu granit. Bergantung kepada jenis materiał,kalau yang tahan lama,yang elok berkualiti selalunya harga mahal sedikit.Tetapi sekiranya kalau yang kualiti biasa,harga murah sedikit.Apa-apa pun bergantung kepada bajet dan cara anda menggunakannya.


Tips #3 Anda disarankan untuk 'join' sekali semasa pemasangan sinki dapur

Biasanya kalau anda yang pilih sendiri sinki dapur,pastikan anda menerima 1 set yang lengkap seperti yang dijanjikan oleh kedai dalam talian tu.Sekiranya kurang 1 barang,perlu bincang dengan kontraktor selanjutnya.Semasa pemasangan sinki,anda boleh 'join' sekali untuk melihat cara pemasangannya.termasuk paip bawah dan lain-lain.


Kesimpulan,

Dengan minah kontraktor,citarasa anda kami utamakan,tetapi kami akan lihat darisegi kesesuaian dan materialnya.Biasanya,kami akan sediakan video dan gambar pemasangan

untuk menjimatkan masa pelanggan.Perlu diingatkan,permukaan sinki dapur perlu dicuci selalu selepas anda mencuci pinggan,mangkuk dan lain-lain.Ini untuk mengelakkan sinki anda cepat berkarat ( kalau jenis metal ) .


Take note yer . . .

45 views0 comments
bottom of page