
Kontraktor NO 1 Terbaik di Malaysia ! Minah Kontraktor
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Siapa Minah Kontraktor?
Minah kontraktor adalah BRAND bagi sebuah syarikat kontraktor yang telah lama membina nama dalam bidang pembinaan terutamanya di sekitar daerah Kerian,Perak. Sebelum ini mungkin lebih dikenali sebagai ROSDEN BUILDING atau Rosden Enterprise, kali ini kami kembali dengan brand Minah Kontraktor , satu nama dengan imej yang unik. Untuk pengetahuan semua, Minah Kontraktor kini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat First Wealth Property SDN BHD.
Kenapa nama "MINAH KONTRAKTOR" menjadi brand pilihan syarikat?
Hal ini kerana keunikkan syarikat yang tersendiri. Istimewanya syarikat ini adalah kerana tunggak utama syarikat terdiri daripada golongan wanita bahkan sistem pengursan ditapak dan pejabat juga 100% dikendalikan oleh kakitangan wanita. Namun begitu , ia sama sekali tidak menjadi penghalang bagi syarikat ini memberikan servis serta kualiti yang terbaik kepada anda semua.
Servis utama yang menjadi pilihan para pelanggan kami adalah di antaranya :-
1 - servis membina sesebuah rumah
2- servis renovasi
3 - servis grill/awning
4 - servis kabinet dapur
5 - servis penambahbaikkan rumah seperti siling dan wardrobe.
Tidak terhad di situ sahaja, Minah Kontraktor juga sentiasa bersedia membantu anda dalam menjadikan rumah impian anda kepada realiti dengan berkongsi idea serta pendapat yang kreatif, inovatif dan semestinya terbaik untuk anda. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila Rosden Enterprise telah berjaya merangkul anugerah "Kontraktor Terbaik G1" melalui Malaysian Contruction Industry Excellence Award 2019 (MCIEA) yang dianjurkan oleh CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan). Anugerah ini telah melakarkan satu sejarah terbaik bagi kami dan menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus melonjakkan nama di persada Malaysia serta memberikan kami motivasi supaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan.
Minah Kontraktor

